Subscribe Us

Hanya Di Thailand: Pasar Paling Berbahaya dan Unik di Dunia


Pasar  Maeklong di Samut Songkhram, Thailand, kira-kira 37 batu ke barat Bangkok  dianggap sebagai kawasan pasar yang paling berbahaya di dunia tetapi selamat.  Pasar tempat penduduk tempatan menjual buah-buahan dan sayur-sayuran terletak di kiri dan kanan landasan kereta api .  Deretan gerai yang didirikan bukan saja hanya beberapa inci saja dari landasan, malah payung atau atap gerai menutupi landasan, menjadi tempat laluan para pengunjung dan pelancong.  


Setiap hari kereta api akan melalui kawasan ini sebanyak lapan kali dan sudah pasti amat membahayakan keselamatan penjual dan pengunjung.  Namun bagi mereka bukanlah satu halangan untuk meneruskan aktiviti jualan di situ.  Apabila siren nyaring dari setesen kereta api dibunyikan, dalam sekelip mata keadaan pasar terus berubah.


Semua orang yang sedang sibuk berjual-beli akan menghentikan aktivitinya dan segera mengalihkan segala barang jualan dan payung gerai untuk memberi laluan kepada kereta api yang sedang bergerak dengan kelajuan 25km sejam. 


Kecekapan dan kepekaan semua pemilik gerai dan pengunjung memberi laluan kepada kereta api telah menjadi daya tarikan pelancong dari luar negara.  Keunikan pasar awam ini telah menjadi pusat pelancongan utama di Thailand. 


Apabila kereta api sudah berlalu, aktiviti diteruskan seperti biasa tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.  Lihat foto dan video aktiviti pasar kereta api yang menarik ini..

Catat Ulasan

8 Ulasan

mama lynn berkata…
klu ada kerjasama apepun boleh dilakukan
Unknown berkata…
sangat2 unik.lain dari yg lain ye.
Aku Anak Pahang berkata…
Kalau tmpt kita tentu ramai yang dah mati nie :(

slmt hari raya maaf zahir & batin tuan :)
Kak Mahh berkata…
Sangat menarik...nak pi tengoklah!
Tanpa Nama berkata…
Sangat menarik..Selamat Hari Raya, Tuan..
MeMohamad berkata…
....kalau kat M'sia dah tentu kena halau dia org ni........Kerajaan thai sangat perihatin.
Mawar Berduri berkata…
hehe.
nk shopping pun xaman :)
mm...unik tp peniaga pun paham dorang dok menumpang meniaga kat tepi rel ketapi...dorang bg kejesama bila ketapi nk lalu...
Tak tau laa kat malaysia ada peniaga yg mcm ni. Setahu sy...kalo tak peniaga tu yg kena berpindah meniaga kat tempat lain....rel ketapi pulak yg kena pindah ke laluan lain, huhu..