Wednesday, August 29, 2012

Saintis Menemui Kaedah Menghasilkan Sperma Daripada Tisu Kulit

Teknik baru ditemui untuk membantu para suami yang inginkan anak sendiri  tetapi menghadapi masalah kesuburan. Teknik tersebut menggunakan sperma dari jaringan kulit manusia.

Dengan sperma dari tisu kulit itu, kaum lelaki yang infertil diharapkan suatu hari mampu memiliki anak-anak dari genetik mereka sendiri.Penemuan ini diharapkan dapat menjadi terobosan bagai pil ajaib untuk mengubati infertilitas pada Kaum Adam. 

Namun penelitian ini juga menemui masalah moral dan etika. Pengkeritik berpendapat bahawa salah jika menciptakan kehidupan melalui cara-cara yang artifisial. Walaupun begitu, percubaan ini adalah bukti dari konsep bahawa sel induk dapat menghasilkan setiap sel dalam tubuh, tidak hanya puluhan jaringan yang membentuk tubuh manusia, tetapi juga sel-sel telur dan sperma yang baru.

Mikroorganisme Baik di Dalam Usus Berperanan Besar Bagi Kesihatan Tubuh

Death begins in the colon, demikian ungkapan terkenal yang dilontarkan oleh pemenang Nobel bidang Kedoktoran tahun 1908, Elie Metchinikoff. Usus memegang peranan penting dalam pembuangan kotoran dan racun dari dalam tubuh, sekaligus berperanan menyerap zat nutrisi makanan.

Di dalam usus manusia terdapat 100 trilion mikroorganisme. Angka ini menakjubkan dibandingkan jumlah sel tubuh manusia dari hujung kaki sampai kepala yang hanya sekitar 50 trilion sel saja. Secara fizik, mikroorganisme terlihat sangat kecil. Namun, kewujudan mikroorganisme di dalam usus memegang peranan besar bagi kesihatan.

Friday, August 24, 2012

Hanya di Israel: Menunggang Keldai Sambil Mengakses Internet

Jika London kini boleh mengakses internet  di bawah tanah, pelancong di Israel juga kini boleh ‘bertweet’ dan ‘berfacebook’ atau sambil menunggang keldai  yang dilengkapi dengan peranti  untuk melayari internet secara percuma. 

Syarikat pelancongan taman sejarah Kfar Kedem di utara Israel menyediakan 30 ekor keldai yang dilengkapi dengan router wayarles Wi-Fi tersangkut pada leher keldai untuk  pelancong berhubung terus dengan famili dan rakan-rakan. Perkhidmatan ini telah menjadi amat popular dikalangan pelawat celik IT

Saturday, August 18, 2012

Hanya Di Thailand: Pasar Paling Berbahaya dan Unik di Dunia

Pasar  Maeklong di Samut Songkhram, Thailand, kira-kira 37 batu ke barat Bangkok  dianggap sebagai kawasan pasar yang paling berbahaya di dunia tetapi selamat.  Pasar tempat penduduk tempatan menjual buah-buahan dan sayur-sayuran terletak di kiri dan kanan landasan kereta api .  Deretan gerai yang didirikan bukan saja hanya beberapa inci saja dari landasan, malah payung atau atap gerai menutupi landasan, menjadi tempat laluan para pengunjung dan pelancong .  
Setiap hari kereta api akan melalui kawasan ini sebanyak lapan kali dan sudah pasti amat membahayakan keselamatan penjual dan pengunjung.  Namun bagi mereka bukanlah satu halangan untuk meneruskan aktiviti jualan di situ.  Apabila siren nyaring dari setesen kereta api dibunyikan, dalam sekelip mata keadaan pasar terus berubah. [scroll down for video]

Friday, August 17, 2012

Walnut Membantu Meningkatkan Kesuburan Sperma

Lelaki yang mahu meningkatkan tahap kesuburan mereka mungkin mendapat manfaat dengan  makan walnut.
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Saintis di Universiti California ke atas sekumpulan lelaki berumur 20 hingga 30-an dengan mengambil 75g setiap hari selama tiga bulan, mereka berjaya meningkatkan jumlah sperma yang berkualiti seterusnya berpotensi memberi peluang yang lebih baik untuk mendapat anak.

Tuesday, August 14, 2012

Terlepas Dari Mulut Rimau Masuk ke Mulut Buaya?

"Terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut Harimau" begitulah bunyi peribahasa yang diajar oleh cikgu semasa kita di sekolah rendah.  Gambar ini pula sebaliknya, " terlepas dari mulut rimau masuk ke mulut buaya".

Amat sukar untuk kita menyaksikan peristiwa hebat seperti dalam gambar ini dengan mata sendiri secara langsung. Peristiwa ini telah dirakam oleh seorang jurugambar hidupan liar, Marina Scarr dari Florida, Amerika. Seekor ikan 'gar fish' tiba-tiba melompat dan terus menuju ke mulut Sang Buaya [aligator] yang kebetulan sedang membuka mulutnya.

Sunday, August 12, 2012

Kehidupan Adik Obama Yang Amat Berbeza Dengan Abangnya Presiden US

Jika Barrack Obama tinggal di rumah Putih serba mewah dengan pesawat canggih Air Force One, adiknya pula, George Hussein Obama,30 tinggal di dalam pondok buruk satu bilik berdindingkan zink di perkampungan Huruma, kawasan setinggan terkenal di Nairobi.

Kedua-dua beradik ini berkongsi bapa yang sama, tetapi  berlainan ibu.  Barrack Obama dilahirkan di Hawai, daripada isteri kedua bapanya, manakala George Hussein Obama pula daripada isteri keempat dilahirkan di Kenya.

Friday, August 10, 2012

Usain Bolt Mencipta Sejarah Olimpik

Pelari terpantas dunia, Usain Bolt mencipta sejarah apabila memenangi acara pecut 100m dan 200m kali kedua berturut-turut dalam sukan Olimpik. Awal pagi tadi Usain mencatat kemenangan keduanya dalam acara 200m dengan catatan masa 19.32 saat menjadi lelaki pertama memenangi dua kejohanan olimpik 2008 dan 2012 bagi acara pecut 100m dan 200m.
Dalam acara 200m tersebut, tempat kedua dan ketiga juga dimenangi oleh peserta dari Jamaica, Yohan Blake pingat perak dan Warren Weir pingat gangsa. Lihat foto aksi-aksi menarik Usain Bolt..

Tuesday, August 7, 2012

Samsung Menawarkan Diskaun Untuk Samsung S3 Tanda Penghormatan & Penghargaan Kepada Lee Chong Wei

Sebagai tanda penghargaan dan meraikan kejayaan Lee Chong Wei meraih pingat Perak Olimpik 2012, Samsung Malaysia menawarkan harga diskaun sebanyak 10% untuk Samsung Galaxy S3. Diskaun tersebut hanya sah satu hari saja pada 8 Ogos 2012 dan terhad kepada satu unit bagi setiap pelanggan di kedai-kedai Samsung sementara stok masih ada. Butiran lanjut akan diberitahu kemudian.

Saturday, August 4, 2012

Memahami Gerakan Janin 3: Mengapa Janin Menendang

Tatkala janin sedang melakukan senaman, ibu merasai seolah-olah janin menendang dan menyiku perutnya.  Sebenarnya janin sedang membuat gerakan melatih otot tubuhnya untuk meregang. Janin akan membuat gerakan meluruskan kaki kanan ke hadapan, diikuti kaki kirinya. Ia juga meluruskan tangan ke hadapan, diikuti tangan kirinya.

Mengetuk Janin
Melakukan ketukan yang lembut atau sentuhan yang sedikit menekan ini akan memberi tindak balas janin yang sudah berusia 24 minggu.  Janin akan memberi tindak balas kepada usapan tangan kerana sistem saraf pusat di seluruh tubuhnya sudah membesar sehingga ia mampu bertindak balas terhadap rangsangan sentuhan.  Tindak balas itu menandakan janin kembali menyapa salam daripada ibunya. [mingguan wanita]

Thursday, August 2, 2012

Memahami Gerakan Janin 2: Mengapa Janin Menghisap Ibu Jari

Menghisap ibu jari bukan saja dilakukan oleh bayi atau kanak-kanak, janin di dalam kandungan ibu juga boleh melakukan aksi sebegini.  Selalunya janin akan memasukkan ibu jarinya ke dalam mulut apabila ibunya menikmati makanan yang enak.  Janin akan menunggu turunnya zat-zat makanan diambil ibunya untuk sampai ke aliran darahnya melalui plasenta. 

Janin Menggeliat
Setiap kali anda bangun daripada tidur, anda akan menggeliat terlebih dahulu.  Janin juga begitu.  Dia akan mengalami keadaan lenguh selepas beberapa jam tidur bersama ibunya.  Gerakan meregangkan otot tubuh itu dilakukan beberapa kali dalam sehari.  Perlu diketahui juga, janin yang menggeliat pada pagi hari mampu membangunkan anda dari tempat tidur.  Aksi janin anda akan lebih dirasai jika ibu berbaring dalam keadaan terlentang. [mingguan wanita]

Wednesday, August 1, 2012

Ibu Mengandung: Memahami Gerakan Janin

Waktu terbaik untuk anda mengamati gerakan janin adalah pada sebelah malam iaitu ketika anda sedang berehat di rumah.  Apabila kandungan telah memasuki trimester tiga, bacaan yang sesuai adalah bermula dari sebelah pagi.

Sekiranya anda merasa gerakan janin, sama ada kuat atau perlahan, bermakna janin anda dalam keadaan baik. Apabila janin anda tidak aktif seperti biasa, kemungkinan ia dalam keadaan malas.  Seharusnya ibu menggerakkannya dengan mengusap-usap perut untuk beberapa ketika.

Jika janin tidak memberi tindak balas terhadap rangsangan anda dan ia berlanjutan sehingga sehari, segeralah ke hospital untuk memantau keadaannya.  Kenali janin sesuai dengan usianya.