Tuesday, July 24, 2012

Cili & Lada Bertindak Sebagai Pelangsing Tubuh?

Ini dia rahsia di sebalik sipedas yang berguna untuk melangsingkan tubuh. Jenis sayur bernama cili api atau lada ternyata mampu menghilangkan lemak pada tubuh melalui tiga cara, iaitu dengan membakar lemak, menekan rasa lapar, dan meningkatkan pembakaran kalori.
Pasukan penyelidik diketuai oleh Stephen Whiting dari Manchester Metropolitan University baru-baru ini melakukan ujian dan membuktikan bahawa lada merupakan komponen kunci untuk diet. Kandungan zat kimia capsaicin yang memberikan rasa panas dipercayai dapat memicu adrenalin dan kemudian memberikan arahan kepada otak untuk membakar sel-sel lemak.

Kabar baiknya, sel lemak yang paling cepat terbakar adalah lemak pada bahagian sekitar perut. Selain itu kandungan capsaicin juga mampu membakar lemak berbahaya pada ulu hati, yang jika dibiarkan berpotensi terkena penyakit jantung.

Kandungan lain pada lada juga mampu membantu anda untuk menahan nafsu makan serta mempercepat metabolisme tubuh dengan pembakaran kalori. "Jika anda makan lada atau cili secara konsisten selama jangka waktu tertentu akan membantu anda menurunkan berat badan,"

8 comments:

lola said...

baru hai nie tahu tentang kegunaan cili yg pedas nie..wah,lepas nie bleh try nk kurangkan perut yg comel nie..haha~ insyaAllah~

3no gr33ny said...

info baru buat hamba ni..terima kasih =)

~~zana@pb~~ said...

saya ni suka pedas tp tak tahan kalau cili padi yg kecil2 tu, telinga ni naik panas, mata berair dan mulut tak dpt rasa mknn.....
Ni kena mkn mentah utk kempiskan perut ye?

Cromirama said...

makan cili la baru rock!!

tirahzairi said...

bahaya la....nnt kena buasir...hihi

Adylia Qarissa said...

suka makan pedas tapi tak terlalu pedas.. :)

Kak yon said...

patutlah abe kita montel..dia tak suka pedas..

mummy Ayda said...

wow baru mummy tau, nak cuba lah.... mudah mudahan kecik cikit mummy..... hehehe TQ :-)D