Sunday, July 29, 2012

Menu Sahur : Ikan Talang Masin & Nanas Tumis Darat

Bahan-bahan:
300 gm ikan masin talang, ambil isi dan tulang
1 biji nanas dipotong nipis
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar cili kisar
1 cawan santan pekat
2 cawan air

Bahan Tumis Darat:
2 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
Sedikit daun kari
Sedikit halba campuran
[Tumis semua bahan-bahan ini hingga wangi dan masukkan dalam gulai.]

Cara membuat kuah:
  • Panaskan santan, masukkan serbuk kari dan cili kisar.
  • Masak hingga santan pekat dan terbit minyak.  Masukkan air dan biarkan gulai mendidih.
  • Masak hingga nanas lembut.[mingguan wanita]

Friday, July 27, 2012

Menu Berbuka: Rendang Daging Padang

Bahan-bahan:
200 gram daging dipotong kiub
200 gram kacang tanah [tumbuk halus]
200 gramkerisik
150 gram bawang putih
300 gram bawang kecil
50 gram halia
5 batang serai
50 gram serbuk kunyit
[ bawang putih, bawang kecil, halia dan serai dikisar hancur ]
3 helai daun limau purut 
2 sudu besar gula merah
1 liter air
1 sudu gula
1/2 kotak tradisional santan

Cara membuatnnya:
1.  Tumis dahulu bawang merah, bawang putih, serai, halia, serbuk kunyit sehingga naik bau wangi.
2.  Selepas itu masukkan daging  dan kacau perlahan-lahan hingga daging empuk dan cukup masak.  Tambahkan air secukupnya.
3.  Masukkan kerisik terlebih dahulu kemudian diikuti dengan gula merah, kacang tanah, garam dan akhir sekali masukkan santan.
4.  Masukkan hirisan daun limau purut dan masukkan ke dalam masakkan.[mingguan wanita]

Tuesday, July 24, 2012

Cili & Lada Bertindak Sebagai Pelangsing Tubuh?

Ini dia rahsia di sebalik sipedas yang berguna untuk melangsingkan tubuh. Jenis sayur bernama cili api atau lada ternyata mampu menghilangkan lemak pada tubuh melalui tiga cara, iaitu dengan membakar lemak, menekan rasa lapar, dan meningkatkan pembakaran kalori.
Pasukan penyelidik diketuai oleh Stephen Whiting dari Manchester Metropolitan University baru-baru ini melakukan ujian dan membuktikan bahawa lada merupakan komponen kunci untuk diet. Kandungan zat kimia capsaicin yang memberikan rasa panas dipercayai dapat memicu adrenalin dan kemudian memberikan arahan kepada otak untuk membakar sel-sel lemak.

Sunday, July 22, 2012

6 Aplikasi Android Google Play Untuk Ramadan 2012

Selamat berpuasa. Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada 21 Julai 2012. Untuk menemani anda berpuasa, Android menyediakan sejumlah aplikasi  Ramadan.

1. Muslim Pro-Azan, Quran, Qiblat
Sebuah aplikasi ideal untuk Ramadan. Begitu tulisan yang tercantum pada laman Google Play. Sebagai sebuah aplikasi telefon pintar, Muslim Pro diakui amat berfungsi oleh umat Muslim yang menggunakan Android. Peranti lunak ini berisi naskah Al-Quran dilengkapi terjemahan dengan bahasa Inggeris, Prancis, Jerman, Indonesia, dan Turki. Muslim Pro juga menyediakan penunjuk arah kiblat, penentu waktu salat dengan suara azan, kalendar Hijriah, serta waktu lamanya puasa sesuai dengan lokasi pengguna aplikasi.

Tuesday, July 17, 2012

Tujuh Manfaat Hubungan Intim Itu Sihat

Selain mengeluarkan hasrat terpendam, hubungan intim suami isteri juga baik bagi tubuh dan jiwa. Salah satunya, meningkatkan hormon kortisol dan adrenalin serta merangsang aktiviti jasmani.

Genius Beauty menyenarai tujuh kebaikan mengapa berhubungan intim menyihatkan.


1. Bermanfaat untuk kesihatan wanita

Para doktor meyakinkan bahawa hubungan secara intim suami isteri diperlukan bukan saja untuk mendapatkan kepuasan malah sangat baik untuk kesihatan. Seks meningkatkan "hormon kebahagiaan" sehingga menunda menopause dan menghilangkan kedutan pada wajah. Ia juga mencegah wanita dari terkena diabetes.

Sunday, July 15, 2012

Macam Ni Je Nak Tangkap Kangaroo... Mudahnya

Seorang lelaki Australia menunjukkan kaedah mudah bagaimana hendak menangkap kangaroo.  Melalui video You Tube yang sudah mencecah hampir sejuta pengunjung, lelaki ini hanya menggunakan beg kanvas kemudian menghalakan beg tersebut di bahagian kepala kangaroo.  Kangaroo itu kemudiannya terus menjatuhkan diri ke dalam beg.
Kangaroo adalah antara haiwan yang berbahaya jika tidak tahu cara yang betul menangkapnya kerana tendangan kakinya boleh mencederakan. Lihat video..

Saturday, July 14, 2012

Hanya Di Israel

Seorang tentera wanita Israel hanya berbikini sedang bersantai bersama rakannya di pantai dekat Tel aviv dengan senjata api yang tersandang di bahu. 

Mengikut peraturan undang-undang tentera Israel, jika anggotanya keluar dari pangkalan tentera bersama dengan senjata, mereka dikehendaki memastikan senjata tersebut mesti berada bersamanya. Jika hilang hukumannya adalah penjara.
Situasi anggota tentera wanita berbikini di pantai bersama orang awam adalah perkara biasa berlaku di Israel pada musim panas dalam usaha untuk menggalakkan pelancongan.

Thursday, July 12, 2012

Orang Utan Celik IT Guna iPad Pilih Menu

Orang Utan di zoo Florida menggunakan iPads untuk berkomunikasi dengan penjaga mereka. Kakitangan di Jungle Island Zoo di Miami akhirnya boleh menggunakan tablet untuk mengetahui  apa  yang  oran utan  mahu makan. Lihat video...

Monday, July 9, 2012

Samsung Galaxy Note 2 Dengan Kamera 12 MP Terbaik

Setelah berjaya menerajui teknologi telefon pintar dengan Samsung galaxy Note terjual 7 juta unit, perusahaan teknologi Korea Selatan ini sedang berencana meluncurkan Samsung Galaxy Note generasi selanjutnya. Samsung Note 2 akan menjadi penyempurna dari Samsung sebelumnya.

Telefon pintar yang juga digunakan sebagai tablet komputer ini layarnya lebih besar berukuran 5.5 inci menggunakan sistem operating terkini android 4.1 Jelly Bean . Selain itu ia mempunyai layar resolusi super tinggi 1680x1050. 

Samsung Note 2 dilengkapi dengan kamera 12-megapixel dan prosesor quad-core.

Sunday, July 8, 2012

Cupcake Termahal di Dunia Berbalut Emas Boleh Dimakan

'The Golden Phoenix'.. mendengar namanya saja sudah menggambarkan bahawa cupcake ini bukan sebarangan makanan. Bak kata orang, 'harga memang tidak boleh berbohong' itu dibuktikan pada cupcake termahal yang dijual di Dubai's Bloomsbury's Cupcakes store Uni Emirat Arab.

Kek cawan yang dibuat daripada coklat terbaik dan dilapisi emas yang boleh dimakan ini berharga £645 Poundsterling [ RM3500] untuk setiap set.

Thursday, July 5, 2012

8 Jenis Kacang Dan Khasiatnya Yang Berbeza

Walaupun berasal dari keluarga yang sama, kacang memiliki khasiat yang berbeza-beza. Berikut ini adalah lapan jenis kacang dan khasiatnya untuh tubuh. 

Walnut
Kacang walnut merupakan kacang yang kaya dengan kandungan antioksidan dan omega 3 yang tinggi. Pengambilan walnut secara rutin dapat mengurangkan rasa sakit akibat mentruasi. Kacang ini juga baik dimakan ketika radang melanda. 

Almond
Mau langsing? Makan kacang ini. Almond adalah salah satu jenis kacang kaya serat dan vitamin E. Selain mengawal berat badan, kacang ini juga dapat menurunkan gula darah dan meningkatkan bakteria baik dalam perut.