Subscribe Us

Rahim Terbalik dan Kesannya


Kedudukan rahim yang normal lazimnya terletak mencondong sujud ke hadapan.  Namun menurut data yang diperoleh, 20% kaum wanita didapati kedudukan rahimnya tidak normal iaitu rahimnya condong ke belakang yang dipanggil rahim terbalik. Keadaaan ini juga dikenali sebagai 'tipped uterus', retroverted uterus' atau tilted uterus'.


Tanda- tanda anda mempunyai rahim terbalik

Biasanya keadaan ini sebenarnya tidak perlu dibimbangkan jika ia melanda diri anda.  Cuma sekali-sekala ia boleh meninggalkan kesan sampingan kepada anda.  Gejala-gejala berikut boleh melanda wanita yang mempunyai rahim terbalik:


Sakit sewaktu berhubungan bersama suami

Sewaktu melakukan hubungan suami isteri, anda akan mengalami mengalami kesakitan apabila zakar suami terkena pintu rahim (serviks) atau bahagian rahim (uterus) lantaran kedudukan rahim yang terbalik.  Dalam terminologi perubatan, ia dikenali sebagai 'collision dyspareunia'.


Untuk mengelakkan rasa sakit seawaktu anda berhubungan dengan suami, anda perlu mengubah posisi semasa melakukan hubungan intim.  Ini membolehkan uterus berubah posisinya, dengan itu boleh melegakan kesan rasa sakit.


Rasa sakit semasa haid
Semasa datang haid, anda akan merasa kesakitan di bahagian rahim dan sekitar pinggang.  Terminologi perubatan untuk keadaan ini ialah 'dysmenorrhea'


Sakit pinggang yang kronik

Ramai wanita mengalami sakit  pinggang yang kronik. Rumusan terakhir yang boleh dibuat oleh pakar sakit puan jika ia tidak berpunca daripada sebab-sebab yang lain, ini bermakna sakit pinggang yang kronik itu adalah datangnya daripada kedudukan rahim terbalik.


Kebanyakan wanita sebegini dilahirkan semula jadi dengan rahim terbalik.  Namun ada kalanya rahim menonggeng ke belakang adalah disebabkan oleh sawang-sawang yang terbentuk akibat trauma atau pertumbuhan luar biasa di bahagian organ-organ pearanakan atau trauma selepas bersalin. 


Apa yang perlu dilakukan

Jik keadaaan ini berlaku, anda dinasihatkan agar membuat pemeriksaan pelviks atau ujian scan melalui bahagian faraj yang mampu melihat ke dalam uterus. Dengan cara ini kedudukannya boleh diketahui dengan jelas.


Kaedah rawatan boleh dilakukan dengan cara seperti berikut:


Pembedahan up-lift/ ventro-suspension
Pembedahan mudah yang melibatkan pemendekkan serta pemanjangan ligamen-ligamen uterus supaya ia dikembalikan ke kedudukan yang betul. 


Ubat tahan sakit
Terdapat pelbagai jenis ubat membantu kelegaan untuk sementara waktu


Pessary
Satu lat yang kelihatan seperti sebentuk cincin pada bahagian luar alat pencegah hamil diafragma diletakkan di dalam faraj.  Tujuannya untuk mengubah posisi uterus dan menyokongnya ke kedudukan yang betul.


Histerektomi 
Pembedahan buang rahim. Jikalu anda masih ingin menambah bilangan anak, kaedah ini adalah tidak sesuai. [betterhealth.vic.gov.au]

Catat Ulasan

15 Ulasan

Unknown berkata…
Bagus juga baca info ni, terima kasih kerana berkongsi.
biela bell berkata…
semoga dijauhkan,.huuuu~
engs 4 sharing :)
Diari Si Froggie berkata…
baru aida tahu secara jelas.. pernah dengar ada wanita mempunyai rahim terbalik.. kiranya normal jugak la kan? cuma ada kesan dia sikit..
Dkna Abza berkata…
risau jugak kalau rahim terbalik nie boleh buat wanita susah nak mengandung.
Hanna berkata…
thank you for sharing!!!
Myra Jay berkata…
Kepada kaum wanita-moga sama2 dijauhkan..

Kalau ada yang terjadi macam ni, cepat2 p berubat..
puramoz berkata…
semoga para wanita wanita dijauhkan dari penyakit yang demikian sobb,,
syiela berkata…
moga dijauhkan penyakit sebegini

thanks for sharing
Kak Mahh berkata…
Satu perkongsian ilmu yang baik.
wan_cikgumuzik berkata…
good info..!! keep it up..!
Bitt (double IS) berkata…
bagus info ini tertarik nak follow terus...
Aimacomel berkata…
1st time dtg sini, byk sungguh info psl kesihatan.. bagus sgt dh ni.. baby follow sini ye.TQ
kakrose berkata…
info berguna untuk kaum wanita..
Unknown berkata…
Sy antara yg mengalaminye..rahim terbalik...da 3 tahun kawen lom ade rzki ank :(
Unknown berkata…
Sy antara yg mengalaminye..rahim terbalik...da 3 tahun kawen lom ade rzki ank :(