Wednesday, June 20, 2012

Thailand's Got Talent Yang Amat Mengejutkan Juri & Penonton

Seorang peserta rancangan Thailand's Got Talent yang baru disiarkan semalam melalui saluran 3 telah menimbulkan kontroversi serta mencetuskan kemarahan apabila semasa dalam persembahannya itu peserta tersebut menanggalkan baju dan pakaian dalamnya dengan alasan seni bebas, menyimbah pelbagai cat warna  ke atas badannya.

Kemudian peserta wanita itu memalingkan badannya yang bercat ke arah penonton sambil melemparkan senyumannya sebelum menggunakan dadanya melakukan catan di atas kanvas.

Program tersebut bertujuan untuk mempamerkan bakat rakyat Thai yang luar biasa.  Namun tindakan peserta ini mendapat kecaman daripada pihak kerajaan dan orang ramai kerana perbuatan mendedahkan sebahagian tubuh di tv adalah tidak sesuai di negara itu.
Walaubagaimanapun dua orang juri lelaki telah memberikan tiket melayakakkan diri ke pusingan seterusnya.  Seorang juri wanita yang juga pelakon terkenal Thai pula menolak peserta ini atas alasan ia tidak sesuai dalam kontek budaya Thai.  

Sila saksikan video mengejutkan ini.   Anda jangan cemas kerana ia bukan kategori video lucah, bahagian-bahagian tertentu telah dikaburkan.

7 comments:

Anonymous said...

tak cantik manapun yg dilukisnya... tapi best jugak pelukisnya tu ha ha

dzuandiey said...

uish...ni dah dikira melukis secara kreatif..haha...ada juga hal begini kan...

roza said...

huhu..bahaya kalau anak yg tengah membesar tengok neh..

cendol said...

seni murahannnn

Hidayati Mohamed said...

Hai.., macam orang buat asal dapat masuk tv. Nak kata hebat, langsung tak, nak kata cantik dia lukis.., kat mana yang cantik pon tak tau lah. macam2 ragam manusia.

caliph shuriken said...

mantap btul seni dia ni, erkk...

Anonymous said...

Gimmick, saj nak naikkan rating program tv ni...