Saturday, June 30, 2012

Bulan Puasa Menjelang Tiba, Jutawan Arab Berbelanja Sakan di London

Deretan kereta mewah berharga jutaan pound menghiasi jalan-jalan raya sekitar kota London dengan begitu bergaya.  Kereta-kereta mewah ini bukan kepunyaan penduduk tempatan tetapi adalah milik jutawan Arab yang berkunjung ke kota London untuk berbelanja sebelum ketibaan bulan Ramadan.

Lalat Sipengotor Yang Luar Biasa

KITA kenal lalat sebagai serangga yang serba kotor, yang suka hinggap di tempat yang kotor sehingga menjadi pembawa penyakit dan kuman.
Lalat itu ibarat GPS kekotoran - jika ada lalat, di situlah ada kotoran.

Namun, menurut ulama, secara lahiriah lalat bersih haiwannya. Ia tidak mengotori air selagi tidak merubah sifat air itu, misalnya dari segi warna, rasa dan baunya.

Sejak dahulu kala, sengatan tebuan dan kalajengking dirawat dengan menggeser badan lalat yang dibuang kepalanya.
Dalam dua perang dunia, diperhatikan bahawa luka soldadu yang terdedah kepada lalat lebih cepat sembuh.

Hari ini pun, berenga lalat (maggots) terus digunakan untuk mengubati luka. Ia makan tisu mati dan membiarkan hidup tisu yang sihat.
Ahli bedah Russia, Pirogov, menggunakan berenga semasa Perang Crimea untuk mengubati pesakitnya.

Thursday, June 28, 2012

Pertama Kali Rakaman Video MRI Kelahiran Bayi Dari Perut Ibu Untuk Tatapan Umum

Buat pertama kalinya sepasukan doktor dari Hospital Berlin telah menyiarkan video MRI yang menunjukkan pergerakan sebenar semasa bayi dilahirkan dari dalam kandungan.  Seorang ibu muda berusia 24 tahun secara sukarela membenarkan proses kelahiran tersebut dirakamkan

Rakaman video selama 30 saat amat berharga untuk para saintis mengetahui dengan lebih mendalam tentang proses kelahiran semasa ibu meneran menolak keluar bayi ke alam baru. Rakaman dihentikan sebaik saja bayi muncul untuk memastikan bayi tidak terdedah kepada bunyi bising mesin MRI Lihat video hebat ini..

Sunday, June 24, 2012

Pernah Tengok Anak Landak ?

Anak-anak landak baru berumur 2 hari menanti kepulangan ibunya yang mendapat kecederaan akibat terkena mesin rumput. Ibunya bernasib baik masih selamat , sedang dirawat oleh pegawai kebajikan haiwan di Withington Hedgehog Hospital Trust, Manchester.
Bayi landak ini mempunyai 22 ekor adik beradik dan kesemuanya memerlukan penyusuan ibunya. Lihat foto...

Saturday, June 23, 2012

Petua Dapur : Hilangkan Lendir Bendi, Cara Simpan Daging & Kuning Telur

Cara hilangkan lendir kacang bendi
SAYUR kacang bendi memang sedap dimakan, terutama bila dicampurkan dengan lauk kari ikan atau asam pedas. Tetapi jika tidak tahu caranya, ia akan menyebabkan lauk anda berlendir. 

Untuk mengelakkan masalah ini, jangan potong kacang bendi terlalu awal. Sebaliknya, cuci kacang bendi dan potong atau kerat hanya bila hendak dimasukkan ke dalam kuah yang sedang mendidih atau ke dalam rencah yang sedang ditumis.

Panduan simpan daging

Friday, June 22, 2012

Hanya di China

Macam-macam perangai orang ni. Gambar di atas sempat dirakam oleh pengguna jalan raya di Xi'an, Wilayah Shaanxi, Barat China dan tersebar di laman-laman web negara itu.

Sikap seorang bapa yang tidak menghiraukan keselamatan anaknya bertindak demikian di jalan raya yang sibuk menjadi perbualan hangat serta rasa kemarahan orang ramai di laman sosial negara China.

Dari sudut persepsi yang berbeza, kita boleh mengandaikan bahawa bapa ini hanya sekadar untuk menghiburkan anak kesayangannya kerana hanya itulah saja yang dia termampu melakukannya. Sayangnya bapa ini kurang menyedari akan risiko yang mungkin berlaku dan perlu diberikan pendidikan keselamatan jalan raya :)

Pengaruh Dadah : Panjat Tiang Elektrik Voltan Tinggi Disangkanya Jambatan

Seoarang wanita Chech berusia 21 tahun yang menghabiskan masa selama 4 jam menghisap ganja [kanabis] telah berhalusinasi [khayal terlampau] akibat  pengaruh dadah kanabis amat kuat,  memanjat tiang elektrik bervoltan tinggi setinggi 40 kaki kerana menyangkanya ia sedang menyeberangi sungai dan melalui sebuah jambatan. 

Dia berpaut pada tiang elektrik selama dua jam yang disangkanya tiang jambatan. Anggota polis dan pegawai kaunselor dipanggil untuk menyelamatkan wanita tersebut. Dia bernasib baik kerana tidak memegang kabel bervoltan tinggi. 

Wednesday, June 20, 2012

Thailand's Got Talent Yang Amat Mengejutkan Juri & Penonton

Seorang peserta rancangan Thailand's Got Talent yang baru disiarkan semalam melalui saluran 3 telah menimbulkan kontroversi serta mencetuskan kemarahan apabila semasa dalam persembahannya itu peserta tersebut menanggalkan baju dan pakaian dalamnya dengan alasan seni bebas, menyimbah pelbagai cat warna  ke atas badannya.

Kemudian peserta wanita itu memalingkan badannya yang bercat ke arah penonton sambil melemparkan senyumannya sebelum menggunakan dadanya melakukan catan di atas kanvas.

Tuesday, June 19, 2012

Petua Dapur : Air Kelapa Melembutkan Ayam Tua & Kelapa Parut Tahan Lama

Ayam tua biasanya keras atau liat dan sukar untuk memasaknya menjadi lembut. Berikut petua yang boleh digunakan untuk melembutkan daging ayam tua.
Mula-mula, potong kecil-kecil ayam tersebut.  Kemudian rebus ketulan ayam tadi bersama air kelapa sehingga empuk.  Toskan airnya, setelah itu barulah boleh dimasak mengikut citarasa anda.  Selamat mencuba.

Kelapa Parut Tahan Lama
Kelapa parut yang tidak habis digunakan jika dibiarkan begitu sahaja akan menjadi kering dan berbau.  Untuk mengekalkan kesegarannya, rendam kelapa parut dengan air yang telah dicampur sedikit garam.  Simpan di dalam peti sejuk.  Kelapa berkenaan akan tetap segar hingga beberapa hari.

Monday, June 18, 2012

Lelaki Muda Memiliki 10 Kali Ganda Testosteron

Lelaki muda yang berusia lingkungan awal 20-an memiliki 10 kali ganda testosteron [Hormon jantina utama yang merangsang penghasilan sperma dan perkembangan organ jantina lelaki dan tingkah lakunya ] dan merupakan saat kemuncak bagi daya rangsangan seks mereka sebelum menurun kemudiannya.  
Bagi wanita, ia adalah sebaliknya.  Daya rangsangan seks wanita akan mencapai tahap tertinggi pada penghujung usia 20-an hingga awal 30-an.

Sunday, June 17, 2012

Antara Masalah Orang Obesiti

Susah jadi orang obesiti ni.  Di mana-mana saja mereka terpaksa menghadapi masalah yang tak terjangka.  Gambar di atas menunjukkan seorang penumpang obesiti jet Airbus 320 kelas ekonomi hanya dapat menempatkan separuh badan pada tempat duduk pesawat berkenaan. Kebanyakan syarikat penerbangan tidak menyediakan tempat duduk untuk orang berbadan besar atau obes. Oleh itu mereka perlu menempah untuk dua tempat duduk jika inginkan keselesaan semasa dalam penerbangan. 
Jagalah kesihatan dengan mengawal pemakanan, jangan ikutkan nafsu & selera makan kita :)

Petua dapur : Menjernihkan Minyak Masak Terpakai

Minyak masak yang telah digunakan beberapa kali untuk menggoreng makanan akan menjadi berkeladak dan kehitaman.  Untuk menjerihkan semula minyak masak terpakai, tapis dahulu minyak tersebut. Kemudian, ambil satu inci halia dan hiris nipis-nipis.  Gorengkan bersama minyak tadi. InsyaAllah minyak yang sudah hitam akan kembali jernih seperti minyak baru. [majalah anis]

Tuesday, June 5, 2012

Wanita : Rahim Terbalik dan Kesannya

Kedudukan rahim yang normal lazimnya terletak mencondong sujud ke hadapan.  Namun menurut data yang diperoleh, 20% kaum wanita didapati kedudukan rahimnya tidak normal iaitu rahimnya condong ke belakang yang dipanggil rahim terbalik. Keadaaan ini juga dikenali sebagai 'tipped uterus', retroverted uterus' atau tilted uterus'.

Tanda- tanda anda mempunyai rahim terbalik
Biasanya keadaan ini sebenarnya tidak perlu dibimbangkan jika ia melanda diri anda.  Cuma sekali-sekala ia boleh meninggalkan kesan sampingan kepada anda.  Gejala-gejala berikut boleh melanda wanita yang mempunyai rahim terbalik.

Sakit sewaktu berhubungan bersama suami

Friday, June 1, 2012

Setiap Manusia Mempunyai Sel Kanser?

Tahukah anda setiap manusia mempunyai sel kanser dalam badan mereka?  Sel-sel kanser ini tidak akan dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ia telah berganda hingga tahap bilion.  Apabila seseorang diberitahu bahawa dirinya telah bebas daripada sel kanser, ia cuma memberi makna bahawa ujian yang dijalankan tidak mampu mengesan sel kanser ini sehingga ia membesar kepada satu saiz yang boleh dikesan.

Kanser merupakan satu penyakit minda, badan dan spiritual.  Sikap yang proaktif dan positif dapat membantu melawan penyakit kanser.  Sikap seperti pemarah, pendendam dan sering berasa kecewa mampu membuatkan tubuh anda menjadi lebih stres dan dalam keadaan asidik.

Oleh itu, jadilah seseorang yang mempunyai sifat penyayang dan pemaaf serta belajar untuk relaks.  Nikmatilah hidup anda tanpa rokok dan amalkan gaya hidup yang sihat. [majalah i-sihat]