Saturday, May 26, 2012

Buah Limau Melindungi Jantung, Menurunkan Berat Badan

Meningkatkan metabolisme
Makan buah limau secdara rutin dapat membantu anda menurunkan berat badan. Sebuah studi Nutrisi dan Metabolik oleh Pusat Penelitian di Scripps Clinic di La Jolla, California, mendapati bahawa mereka yang makan setengah biji buah limau sebelum makan selama 12 minggu berhasil menurunkan berat badan hingga 6 kilogram.
"Sebatian dalam buah limau membantu pembakaran lemak dan menstabilkan gula darah serta tingkat insulin tubuh," kata Christine Gerbstadt MD, penulis buku Doctor’s Detox Diet.

Melindungi jantung
Menikmati  sebiji buah limau sehari dapat membantu menurunkan kadar kolesterol "jahat" LDL sebesar 15,5% dan trigliserida sebanyak 27%. -Journal of Agricultural and Food Chemistry.
Limau  ternyata memiliki tingkat antioksidan yang lebih tinggi. Namun, limau dapat meningkatkan potensi dari sejumlah ubat. Oleh itu, dos tinggi pengambilan buah limau sebaiknya dihindari semasa anda sedang dalam masa penyembuhan.

Sunday, May 20, 2012

Tauke Face Book, Mark Zuckerberg Kahwin

Mark Zuckerberg, 28, Pemilik Laman Sosial Face Book yang kini bernilai $104 bilion telah melangsungkan perkahwinannnya di rumahnya di Palo Alto, California pada hari Sabtu 19 Mei 2012, dengan teman wanitanya yang sejak sekian lama menjalin hubungan selama 9 tahun Priscilla Chan, 27, baru saja tamat pengajian dari sekolah perubatan University of California, San Francisco, UCSF dimana pada 14 Mei, beliau menerima ijazah dalam bidang Pediatrik.
100 orang tetamu istimewa yang dijemput menikmati jamuan yang disediakan dari restoran kegemaran pasangan itu, Palo Alto Sushi Restoran.

Wednesday, May 16, 2012

Stesen TV Israel Bina Studio 7 Meter di Bawah Tanah

Stesen penyiaran televisyen Israel telah membangun studio bawah tanah di sebuah kawasan di utara Kota Haifa. Studio tersebut digunakan untuk siaran dalam keadaan darurat. Pihak Israel Broadcasting Authority (IBA) juga sudah membuka secara rasmi di hadapan media.

Studio TV itu berlokasi sedalam tujuh meter di bawah tanah dan memiliki dinding konkrit setebal 30 sentimeter. Studio itu juga dilengkapi dengan sebuah booth radio dan ruang kawalan yang boleh mengirim signal penyiaran.

IBA memutuskan untuk membangun studio dalam tanah ini setelah terpaksa menghentikan penyiaran
live ketika berlaku serangan bom dekat Haifa semasa pertempuran 2006 dengan Hizbullah, kelompok Muslim Syiah di Lebanon. sumber(NHK)

Monday, May 14, 2012

Apa itu DNA

DNA atau Deoxyribo Nucleic Acid merupakan asid nukleat yang menyimpan semua informasi tentang genetik. DNA inilah yang menentukan jenis rambut, warna kulit, dan sifat-sifat khusus manusia. 
Setiap orang memiliki DNA yang unik. DNA adalah materi genetik yang membawa informasi yang boleh diturunkan. Di dalam sel manusia, DNA  boleh ditemui di dalam inti sel dan di dalam mitokondria. 

Metode yang digunakan dalam ujian DNA adalah dengan mengidentifikasi sel DNA itu sendiri. Di dalam inti sel, DNA membentuk satu kesatuan untaian yang disebut kromosom. Setiap sel manusia yang normal memiliki 46 kromosom yang terdiri dari 22 pasang kromosom somatik dan 1 pasang kromosom sex (XX dan XY). Inti sel ini lah yang akan diteliti. Dengan kata lain, metode untuk mengidentifikasi, menghimpun, dan menginventarisi sel-sel khusus yang dimiliki tubuh.

Saturday, May 12, 2012

Uji Kehebatan Kereta Baru Bersama Babun

Pengeluar kereta Hyundai telah mengadakakan sesi ujian ketahanan dan kelasakan kereta hatcback barunya  dengan segerombolan babun di Knowsley Safari Park, Merseyside. Babun adalah antara haiwan yang tergolong dalam binatang cerdik.  Lebih 40 ekor babun di taman tersebut mengambil bahagian menguji keseluruhan bahagian kereta termasuk luar dan dalam. Sesi ujian tersebut berlangsung selama lebih 10 jam dengan pengendalian yang kasar.

Saturday, May 5, 2012

Pada 5 Mei Bulan Akan Membesar

Pada 5 Mei ini, bulan akan membesar. Jangan salah sangka, maksudnya adalah fenomena alam Supermoon. Fenomena ini terjadi kerana bulan kelihatan lebih besar daripada biasa akibat jarak semakin hampir dengan bumi.

Ahli Meteorologi Joe Rao menyatakan, pada tarikh tersebut, bulan purnama ini akan berputar mengelilingi bumi sejarak 221.802 batu (356.955 kilometer). Menurutnya, ini akan menjadikan bulan nampak terbesar sepanjang tahun, kerana orbit bulan melingkar secara tidak sempurna.