Subscribe Us

Pedih Ulu Hati?

Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut mengganggu bahagian bawah esofagus.  Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai Lower Esophageal Sphincter [LES] tidak tertutup.  Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi.  

Kenyataan yang selalu digambarkan adalah sakit dada seperti terbakar.  Selalunya terjadi selepas makan berat.  Pedih ulu hati adalah gejala biasa.  Sekiranya ia terjadi sekali sekala ia tidak perlu dirisaukan.  Namun sesetengah orang mengalaminya berkali-kali malah ada  yang setiap hari.  Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan.  Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Feflux Disease (GERD).

Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk:

  • Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
  • Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan
  • Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau cecair panas masam, masin di belakang tekak
  • Sendawa
  • Batuk yang teruk
  • Suara menjadi serak
  • Pernafasan berbunyi seperti serangan asma
  • komplikasi
Sekiranya pedih ulu hati yang teruk , anda memerlukan diagnosis.  Berjumpalah doktor dengan segera.

Catat Ulasan

3 Ulasan

MrS_v4ddS berkata…
trime kasehh ats perkongsian ini.. hehe..
odahonebizz berkata…
gunakanlh gaviscone...kdg2 kena gak pedih ulu hati ni...ada yg time pregnant makin mnjadi2 rs pedihnya
Berkesan ke gaviscone tu, x penah lak try, kalau pedih ulu ati, boh myk pan as jek, rehat, pastu minum air suam, :)