Wednesday, April 18, 2012

Elak Hidung Tersumbat Saat Selesema

Berikut beberapa tip yang boleh membantu anda melancarkan pernafasan akibat hidung tersumbat.

1. Ketika tidur, usahakan tidur dalam keadaan kepala lebih tinggi. Ia dapat membantu mengurangi pembentukan lendir.  Setiap gerakan semasa tidur akan memberikan tekanan pembentukan lendir di dalam hidung.  Oleh itu, usahakan untuk tetap menjaga posisi tidur dengan wajah menghadap siling.

2. Aroma Pedas daripada bawang merah ternyata berkesan untuk menyingkirkan hidung yang tersumbat.  Cukup dengan mengupas sebiji bawang merah dan potong dua sebelum menghidu aromanya selama 5 minit.

3. Ambil makanan pedas.  Kandungan capsaicin yang terdapat di dalam rempah pedas seperti cili akan dapat membersihkan rongga hidung dalam waktu yang singkat apabila lendir keluar dengan sendiri daripada hidung.

4.  Minum teh atau kopi panas membantu untuk mengeluarkan lendir melalui wap yang terhasil daripada minuman panas.

5.  Tambahkan beberapa titis menthol ke dalam air panas.  Kemudian hadapkan wajah kepada wap air panas tersebut.  Untuk memperoleh wap semaksimum mungkin ke muka, gunakan tuala kecil untuk menutup kepala dan bekas air tadi. [mingguan wanita -mac 2012]

11 comments:

ZORA said...

wah bgus ni..:P

nasir hamzah said...

terima kasih, tips yg berguna...

armouris said...

terjumpa info ni, juga pasal hidung tersumbat… sharing is caring :) - Hidung Tersumbat

gnesop said...

biasanya makan ubat selsema jer.. :)

Melati Qistyna's Mummy said...

Tips yg bagus ni... X penah lak try bwg tu, yg tido kepala tinggi tu Ada la, tp kalau tinggi sgt, sakit lak leher... Hukk

OdahOne OdahOneBizz said...

tips yg tepat pd masanya ni..mmg idung tgh overflow berair & tersumbat ni...ada tips utk resdung tak org muo???

etuza said...

info yang baik...kesian bayi malang tu.Subahanallah..

asliner said...

ala..
kene mkan pedas banyak2 nie..
biar selesema n lendir banyak kuar..
menagis tahan pedas lah nmpknya..hehe

shoutvoc said...

sgt bgus tips ni sbb sy mmg selalu selsema...tq

anie said...

tip yang berguna

shah said...

selsema ni da jadi teman sy