Monday, April 30, 2012

Petua Dapur: Hilangkan Bau Rebung

Untuk mengilangkan bau rebung yang kurang menyenangkan, cuba petua ini.
Campurkan satu sudu teh kapur sirih ke dalam air. Biarkan beberapa minit.  Selepas itu, ambil air bersih untuk mencuci rebung.  Cara ini juga menjadikan masakan rebung anda bertambah enak. [mingguan wanita]

Saturday, April 28, 2012

Pedih Ulu Hati?

Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut mengganggu bahagian bawah esofagus.  Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai Lower Esophageal Sphincter [LES] tidak tertutup.  Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi.  

Kenyataan yang selalu digambarkan adalah sakit dada seperti terbakar.  Selalunya terjadi selepas makan berat.  Pedih ulu hati adalah gejala biasa.  Sekiranya ia terjadi sekali sekala ia tidak perlu dirisaukan.  Namun sesetengah orang mengalaminya berkali-kali malah ada  yang setiap hari.  Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan.  Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Feflux Disease (GERD).

Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk:

Sunday, April 22, 2012

Petua dapur : Hilangkan Bau Hanyir Ikan Air Tawar

Ramai menyangka ikan air tawar sukar untuk dihilangkan baunya yang kurang enak.  Atasinya dengan mengambil pucuk pisang yang muda.  Gosokkan pucuk pisang tersebut pada ikan dengan sedikit air.  Rendam seketika dan kemudian bersihkan seperti biasa. [mingguan wanita, petua oleh Siti Nuraisyah, Felda Air Tawar 2 ]

Wednesday, April 18, 2012

Elak Hidung Tersumbat Saat Selesema

Berikut beberapa tip yang boleh membantu anda melancarkan pernafasan akibat hidung tersumbat.

1. Ketika tidur, usahakan tidur dalam keadaan kepala lebih tinggi. Ia dapat membantu mengurangi pembentukan lendir.  Setiap gerakan semasa tidur akan memberikan tekanan pembentukan lendir di dalam hidung.  Oleh itu, usahakan untuk tetap menjaga posisi tidur dengan wajah menghadap siling.

2. Aroma Pedas daripada bawang merah ternyata berkesan untuk menyingkirkan hidung yang tersumbat.  Cukup dengan mengupas sebiji bawang merah dan potong dua sebelum menghidu aromanya selama 5 minit.

3. Ambil makanan pedas.  Kandungan capsaicin yang terdapat di dalam rempah pedas seperti cili akan dapat membersihkan rongga hidung dalam waktu yang singkat apabila lendir keluar dengan sendiri daripada hidung.

Tuesday, April 17, 2012

Bayi Lelaki Lahir Dengan 6 kaki

Seorang bayi lelaki yang baru berusia seminggu dilahirkan mempunya 6 kaki. Bayi pramatang ini dilahirkan disebuah hospital di Karachi Pakistan.
Bayi berkaki 6 ini dipercayai adalah yang pertama di Pakistan dan mungkin di dunia abad ini. Sepasukan doktor sedang merancang untuk melakukan pembedahan dengan melibatkan pakar-pakar dari seluruh dunia. Operasi pembedahan ini merupakan satu tugas yang rumit. Lihat video...

Saturday, April 14, 2012

Pegawai Trafik Sanggup Bergadai Nyawa Nak Bagi Saman

Pegawai trafik bertanggungjawab ini sanggup bergadai nyawa dengan hanya berpaut pada wiper depan bas yang bergerak laju sejauh 1 km semata-mata hendak menyerahkan surat saman kepada pemandu bas yang telah melakukan kesalahan jalan raya. 
Peristiwa yang berlaku di Hanoi, Vietnam menyaksikan Leftenan Nguyen Manh Phan dengan beraninya tanpa menghiraukan keselamatan dirinya memaksa pemandu bas supaya berhenti. Akhirnya pemandu bas tersebut berjaya diberkas. Saksikan video aksi ngeri ini. [dailymail] 

Wednesday, April 11, 2012

5 Petanda Awal Penyakit Jantung

Penyakit jantung seakan menjadi penyakit yang biasa dihidapi masyarakat.  Sebelum ia menjadi semakin parah, ada baiknya kita kenali tanda-tanda awal penyakit ini untuk melakukan pencegahan dan persediaan awal.

1. Sakit Dada
Ia disebabkan sel-sel jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana kurangnya aliran darah ke otot-otot jantung.

2. Sukar Bernafas
Kesukaran ini biasa terjadi ketika tidur atau hanya sekadar berbaring.  Untuk mengatasi hal tersebut, ambil nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan.  Keadaan nafas yang sesak juga berlaku pada malam hari. Hal tersebut dikenali sebagai Paraoxysmal Nocturnal Dyspnea atau kesukaran bernafas akibat kurang kemampuan jantung untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan kembali semula ke jantung dan paru-paru.

Sunday, April 8, 2012

Proton Preve Mengancam : Lihat Iklan Komersial Proton Preve

Sebutan sebenar  Proton Preve - " Pray Vae"  Boleh tahan.  Lihat Video komersial ni.

Saturday, April 7, 2012

Hanya di India: 6 Orang & 2 Ekor Anijing Atas 1 Motorsikal

Hanya di India.  Keluarga bahagia dalam percutian, 6 orang dan 2 ekor anjing serta muatan lain hanya dengan sebuah motorsikal. Kaedah terbaik untuk penjimatan bahan api yang semakin melambung. Apa yang pasti hal ini tidak akan berlaku di negara kita. Utamakan keselamatan.  Sayangi nyawa.  Sayangi keluarga anda. Lihat video...

Petua Dapur : Daging Menjadi Lembut & Cara Mudah Kupas Kentang

Akar Pandan Melembutkan Daging
Memasak daging lazimnya mengambil masa yang lama untuk mengelakkannya liat. Cuba petua ini.  Ambil sedikit akar pandan, bersihkannya dan dan kemudian kisar sehingga halus.  Rebus bersama daging.  Hasilnya daging akan menjadi lembut.


Cara Mudah Mengupas Kentang
Bagi memudahkan tugas mengupas kentang, anda hanya perlu merendamkannya di dalam air yang telah dilarutkan garam.  Biarkan semalaman.  Keesokannya kupas kentang dengan tangan.  Kulit kentang akan terpisah dari isinya dengan mudah.  Cara ini praktikal jika anda hendak memasak kentang dalam kuantiti yang banyak

Sunday, April 1, 2012

Baru Berumur 22 Bulan Cekap Panjat Tembok [Climbing Wall]

Seorang kanak-kaak perempuan yang baru berusia 22 bulan sudah cekap memanjat tembok dengan begitu baik sekali tanpa menggunakan sebarang alat keselamatan. Kanak-kanak cerdik ini mendapat latihan daripada ibu bapanya yang tinggal di Bend, Oregon, U.S.  Walaupun aras ketinggian hanya beberapa kaki, jika tersalah langkah boleh mencederakan kanak-kanak ini. Memang berani dan tegal mak ayah budak ini.  Rakanam video di Utube telah menarik ratusan ribu pengunjung hanya dalam tempoh beberapa jam saja. Lihat video