Friday, March 30, 2012

Bapa Rantai Anak Ponteng Sekolah Main Komputer Game

Terlalu marah dengan perangai anak yang ponteng sekolah, melepak pula bermain komputer game di sibercafe, seorang bapa di Kemboja, Sok Thoeun, 40 bertindak merantai anaknya pada leher dan menambatnya  ditiang elektrik. Encik Thoeun merantai anaknya  yang berumur 13 tahun itu dikhalayak umum sebagai hukuman terhadap kelakuannya yang sepatutnya berada di sekolah tetapi sebaliknya menghabiskan masa bermain komputer game. Pusat-pusat internet di negara itu menjadi tarikan para remaja mengakses internet dan bermain game kerana kemudahan internet yang amat terhad.
Hanya 1.5% daripada jumlah 14 juta penduduk di Kemboja yang memiliki kemudahan internet di rumah.

Thursday, March 29, 2012

Lima Cara Sederhana Redakan Batuk


Ada lima cara sederhana untuk meredakan batuk versi Times of India.

1. Mandi air hangat
Mandilah menggunakan air hangat kera ia dapat membuat tubuh menjadi tenang dan rileks. Anda akan terbebas dari sesak nafas  apabila melakukannya.

2. Minum banyak sup hangat
Tidak ada yang lebih baik dari ayam kukus panas atau sup sayuran untuk tubuh anda jika anda mengalami masalah selesema dan batuk. Sup panas tidak hanya akan membersihkan saluran pernafasan tetapi juga akan memberikan energi bagi tubuh.

Monday, March 19, 2012

Ikan Pari Raksasa 1 Ton, 30 Kaki Terperangkap Pada Sauh Berjaya Ditangkap

Seekor ikan pari raksasa ditemukan awak-awak kapal kilang minyak Nigeria di perairan Altantik Selatan, Nigeria. Ikan seberat lebih satu ton dan panjang 9 meter [30 kaki] ini secara tidak sengaja terkena sauh kapal.
Ketika sedang membongkar sauh di Pulau Bonny, awak-awak kapal berasa pelik kerana merasakan sauh bertambah berat. Setelah diperhatikan, ternyata ada ikan pari besar yang tersangkut pada sauh kapal. Ikan tersebut itu didapati telah mati dan para awak kapal mulai menaikkannya ke atas kapal dan berfoto bersama. [Lihat video]

Sunday, March 18, 2012

Suatu Ketika Dulu...

Suatu ketika dulu, dua negarawan ini pernah berpadu tenaga, berganding bahu dengan semangat membara membawa Malaysia menuju ke puncak jaya. Sayang seribu kali sayang, gandingan mantap kedua-dua negarawan ini berkecai terkena badai tsunami.

Saturday, March 17, 2012

Basikal Kayu 1790

Seorang pelawat sedang memerhatikan keunikan basikal daripada kayu keluaran Perancis yang dicipta pada tahun 1790 dalam satu pameran di Jinbao Place, Beijing.

Wednesday, March 14, 2012

Khasiat Disebalik Warna Buah dan Sayur [ Bahagian 3 ]

Warna Biru dan Ungu
Sayur dan buah yang berwarna biru-ungu mengandungi magnesium yang diperlukan untuk melancarkan fungsi pencernaan dengan menurunkan kadar kolesterol dan asid hempedu di dalam usus lalu menghantarnya keluar dari tubuh. Selain itu, terung juga mengandungi pectin penurun kolesterol dalam jumlah cukup banyak.
Nutrisi lutein, zeaxanthin, resveratrol, vitamin C, serat, flavonoid, asam ellagic, dan quercetin juga mendukung kesihatan retina, menjaga level rendah kolesterol LDL, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan penyerapan kalsium dan mineral lainnya, melawan peradangan  dan juga mengurangkan pertumbuhan tumor.[suaramerdeka.com]

Sunday, March 11, 2012

Khasiat Disebalik Warna Buah dan Sayur [ Bahagian 2 ]

Warna Kuning dan Oranye
Warna kuning dan oranye pada sayuran dan buah-buahan menandakan kandungan beta-karoten, zeaxanthin, flavonoid, lycopene, kalium, dan banyak vitamin C. Seluruh kandungan tersebut berfungsi melindungi sel tubuh. Selain itu, kandungan potassium pada buah dan sayur berwarna kuning juga baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangi pembentukan plak di arteri serta berfungsi sebagai pencuci perut.

Warna Putih
Makanan berwarna putih sangat bagus untuk tubuh kerana mengandungi banyak flavonoid yang dapat membantu kesihatan membran sel. Nutrisi seperti beta-glukan, EGCG, SDG, dan lignan juga meningkatkan kekebalan tubuh, menurunkan risiko usus besar, payudara, dan kanser prostat, menjaga tingkat keseimbangan hormon dan mengurankan risiko kanser. [suaramerdeka.com]

Friday, March 9, 2012

Khasiat Disebalik Warna Buah dan Sayur [Bahagian 1]

Sayur-sayuran dan buah-buahan menjadi sebahagian daripada makanan yang diperlukan tubuh setiap hari. Buah dan sayuran sangat penting bagi kesihatan kita kerana kedua-duanya adalah makanan dari alam yang kaya akan nutrien.
Untuk memaksimumkan pengambilan pelbagai khasiat dalam makanan, ada baiknya kita mengetahui manfaat buah-buahan dan sayur-sayuran dengan warna masing-masing.

Warna Hijau
Warna hijau pada buah dan sayur adalah warna berasal dari klorofil, menandakan kandungan sulfarophane, isothiocyanate dan indoles. Ketiga-tiga zat ini berfungsi untuk merangsang komponen pemecah unsur kimia penyebab kanser.

Sunday, March 4, 2012

Lakukan Ini Agar Janin Sihat Dan Cerdas [Bahagian 3]

Stimulasi Muzik 
Alunan muzik yang berirama lembut juga dapat dimanfaatkan untuk merangsang janin agar cerdas dan kreatif. 
Jenis musik yang boleh dimanfaatkan hanya terbatas kepada jenis musik klasik dan berirama lembut saja. Memperdengarkan muzik berirama keras kepada bayi dalam kandungan tidak disarankan sebab akan menyebabkan timbulnya kebingungan pada bayi.  

Alunan merdu ayat-ayat suci al-Quran adalah amat sesuai diperdengarkan kepada janin [bayi] dari peringkat awal lagi. Lebih baik jika ibu atau bapa sendiri membaca dan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-quran sebaik-baiknya khatam 30 juzuk dalam tempoh kandungan 9 bulan.

Friday, March 2, 2012

Lakukan Ini Agar Janin Sihat Dan Cerdas [Bahagian 2]

Kasih Sayang 
Faktor psikologi juga dapat mempengaruhi kondisi otak pada janin. Oleh itu, seorang ibu harus dapat menerima kondisi kehamilannya. Selain itu, harus ada sokongan dan kasih sayang daripada suami, orang tua dan anggota keluarga lainnya. Tanpa kasih sayang, kondisi otak pada janin tidak dapat tumbuh secara optimum.