Subscribe Us

Tradisinya Mereka Adalah Seteru... Realitinya Boleh Bersahabat

Secara tradisinya kucing dan burung adalah saling bermusuhan sejak berzaman lagi.  Namun foto di atas seolah-olah mencabar kepercayaan manusia yang mereka berdua tidak akan boleh tinggal bersama.


Gambar  di atas menunjukkan hubungan istimewa antara pasangan seekor anak kucing comel bermain dengan gembira, makan, tidur dan bermain bersama dengan temannya seekor anak ayam [ spesies burung].


Maria Fedorov berusia lima tahun membawa pulang anak kucing sesat  yang kelaparan ke rumahnya  di Moscow Rusia. Pada keesokkan harinya pula dia menyelamatkan anak ayam daripada menjadi mangsa kucing di pasar semasa membeli- belah bersama ibu bapanya lalu membawanya  pulang ke rumah.


'Di sebalik rasa kebimbangan akan sifat permusuhan kedua-dua haiwan tersebut,  sungguh menakjubkan apabila   kedua-dua haiwan peliharaan itu mula bermain-main antara satu sama lain. Mereka bergerak ke mana jua sebagai pasangan rapat , bermain, tidur dan juga makan bersama-sama.


Adakah hubungan persahabatan dua ekor haiwan ini akan berkekalan hingga dewasa? Mungkin disebabkan nasib malang yang sama menimpa sebelum ini menjadikan mereka berkawan baik. [dailymail.co.uk]

Catat Ulasan

11 Ulasan

zati embong berkata…
alala comelnya.hihi.
Fiza Nurani berkata…
Apa-apapun yang berlaku, semuanya kuasa Tuhan :)
Seri Bahasa berkata…
dulu seri pun ada mcm ni...anak kucing ngan anjing sama2 makan, main...sampai besar...
odahonebizz berkata…
maybe kucing ni tgh kenyang agknya...hoho
anNaqia berkata…
alahai, comelnye dua-dua ni!
cheqna berkata…
suka kartun ni =)
Unknown berkata…
woh! style!
Unknown berkata…
amaigaddd!!! tersangatla comel!! rsa nak geget jek c memew n yayam nih! hehehe...

kalo kcingku dlu..smua bliau bedal~ceitt
Lieza Nordin berkata…
alolo.. comelnyee... >.< *ni diibaratkan cm berlainan warna kulit, bangsa n agama... walaupun berlainan itu semua.. kita ttp boleh mnjadi kawan.. :D *1 MALAYSIA* AHAKS!! ;)
Tanpa Nama berkata…
x blh share ke article ni
syeela berkata…
x leh share ke article ni