Subscribe Us

Raksasa 'Alien' Laut Paling Dalam

Ia kelihatan seperti raksasa menakutkan dari planet lain. Apa yang pasti haiwan ini adalah penghuni planet bumi yang menduduki kawasan paling dalam di dunia lautan di mana cahaya matahari langsung tidak dapat menembusinya. 
Makhluk raksasa kecil asing ini telah mengubah tanggapan para saintis mengenai kehidupan di bawah lautan bumi kita yang paling dalam yang belum pernah diketahui sejak 40 tahun lalu.

Polychaeta, atau cacing skala yang berukuran dua atau tiga sentimeter panjang telah berevolusi untuk bertahan menghadapi tekanan yang sangat hebat tinggal lebih daripada 1,000 meter di bawah laut di mana sinar matahari langsung tidak pernah menembusinya. Daripada tanah terbiar gersang, para penyelidik telah menemui komuniti pelbagai makhluk yang tinggal di sekitar lohong hidroterma.

Lohong hidroterma melepaskan air panas melampau sehingga 375C dan koktail bahan kimia ini telah menyediakan rumah untuk makhluk seperti cacing skala.
Lebih popular dikenali sebagai 'perokok', lohong hidroterma hasil keretakan di dasar laut, biasanya ditemui di sekitar zon gempa bumi, gunung berapi dan pinggir plat tektonik.

Daniel Desbruyeres, seorang penyelidik kanan di I'lfremer, Institut Penyelidikan Perancis untuk Carigali Laut berkata, "Penemuan-penemuan baru lohong hidroterma ini telah menukar pandangan kita seluruh alam marin. [dailymail.co.uk]

Catat Ulasan

11 Ulasan

Bil berkata…
Palung laut emang keren, banyak hewan2 aneh...
Tanpa Nama berkata…
adoi mak..rupe ganas semacam..kecik je alien tu ha ha
Tanpa Nama berkata…
aduh geli geli tengok photo cacing nih.

hahaa
Kazman / Sue berkata…
uikk.... patut tak pernah nampak... binatang ni kat dalam lautt....
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
ngeri jerk
kakrose berkata…
kecik aje cacingnya..
Cik tikah berkata…
eh, peliklah bentuk cacing ni =.='
aima berkata…
cacing ke raksasa?
Unknown berkata…
nampak geli
asaload berkata…
hewan laut yg mengerikan!!
cimöt berkata…
geli yewwwww...