Subscribe Us

Memperlambat Proses Penuaan

Setiap manusia memang tidak akan terlepas daripada proses penuaan. Namun penuaan boleh diperlambat [dengan izin Allah swt, kita hanya berusaha]. Salah satu cara adalah dengan menggunakan antioksidan yang mencegah radikal bebas dan kerosakan sel atau jaringan.

Pada dasarnya, setiap manusia memiliki antioksidan semulajadi yang ditemui pada setiap sel dalam jaringan tubuh seperti Super Oxide Dismutase (SOD), katalase [
Enzim yang terdapat di dalam kebanyakan sel dan memangkini penguraian hidrogen peroksida.], peroksidase gluthatione [Enzim yang mempercepat pemindahan oksigen daripada peroksida kepada tisu yang memerlukan oksigen.], dan sebagainya. Antioksidan semulajadi tersebut secara langsung akan berurusan dengan radikal bebas dan menjadi pelindung bagi tubuh anda.

Semakin tua seseorang itu, jumlah antioksidan yang dibekalkan oleh tubuh mula menurun, sedangkan jumlah radikal bebas terus meningkat kerana paparan polusi dan bahan pengawet yang terdapat dalam makanan yang kita makan. Oleh sebab itu, diperlukan pengambilan makanan tambahan antioksidan, baik dari makanan, minuman atau suplemen.

Suplemen antioksidan tetap diperlukan terutama jika kita tidak gemar makan sayuran atau buah segar setiap hari malah cenderung pula mengambil makanan tinggi lemak, merokok, minum alkohol, aktiviti fizikal terlalu berat, memiliki beban psikologi, dan tinggal di persekitaran yang tercemar.

Cara lain untuk memperlambat proses penuaan adalah dengan melakukan detoksifikasi (meneutralkan racun dalam tubuh), diet (mengurangkan pengambilan makanan berlemak), latihan fizikal, menghindari stres, dan harmonisasi hormon. [
HealthMad/kompas.com]

Catat Ulasan

6 Ulasan

biela bell berkata…
betul2..kena jaga pemakanan..makan ulam2an..kompom awet muda.. ;)
Unknown berkata…
takut tua bro
Hello... Just sending you a smile.. Have a blessed day to all...
sud@is berkata…
byk senyum juga boleh awet...
kak gojes berkata…
nak cepat..suntik la kan..eheheh..macam ada seorang kawan sy tu
yahaya berkata…
tips yg berguna...dlm kehidupan seharian ni