Saturday, February 25, 2012

Ikan Merangsang & Meningkatkan Nafsu Berahi Lelaki

Lynn Edlen Nezin Phd, pengarang buku Food and Sex dan psikolog kesihatan klinikal menjelaskan ada pemakanan tertentu yang dapat memperbaiki nafsu berahi terutamanya makanan yang baik untuk jantung seperti ikan, dipetik dari laman Livestrong.

Menurutnya, untuk menikmati seks dengan baik, aliran darah setiap pasangan harus sihat agar dapat mengalir ke bahagian organ-organnya. Apabila jantung sihat, ianya akan memberi impak baik pada peredaran darah yang dapat meningkatkan kegiatan seksual anda menjadi nyaman.

Salah satu kandungan ikan yang baik bagi lelaki adalah arginina, iaitu asid amino yang diperlukan tubuh untuk menghasilkan nitrat oksida. Pada organ alat vital, nitrat oksida digunakan untuk memperlebar pembuluh darah. Jika pembuluh darah menyempit, kemampuan pria berereksi akan terhalang.

Selain itu, kandungan lainnya yang meningkatkan berahi ialah zat arginina dan zat besi. Jenis zat ini berkaitan dengan kadar testosteron dalam darah. Menurut artikel yang ditulis Walter Eddy tahun 1997, kekurangan zat besi dapat mempengaruhi kelenjar seks yang menyebabkan rendahnya jumlah sperma.

Pengambilan zat besi yang disarankan bagi lelaki ialah 11 miligram, dan untuk wanita sebanyak 8 miligram. 
Untuk mendapatkan tubuh ideal, selain pengambilan ikan secara rutin, ada baiknya untuk tetap diimbangi dengan makanan berkhasiat yang lainnya. Kegiatan bersukan pun perlu dilakukan sebagai penyeimbang dan mencegah obesiti yang boleh mempengaruhi keupayaan berahi anda.[Livestrong]