Tuesday, February 28, 2012

Lakukan Ini Agar Janin Sihat & Cerdas [ Bahagian 1]

Setiap pasangan suami isteri pasti ingin anaknya membesar dengan baik, sihat dan cerdas. Kini sudah bukan perkara yang aneh jika semenjak dalam kandungan, anak telah mula dididik dan dirangsang sejak dari mula kehamilan.
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan ibu hamil agar janinnya tumbuh cerdas:

Keperluan Nutrisi

Seorang ibu hamil
seharusnya  mengambil pemakanan berkhasiat secukupnya.  Pengambilan makanan  yang mengandungi protein, karbohidrat, dan mineral amat baik untuk janin. Keperluan nutrisi ibu hamil pada setiap trimester kehamilan akan berbeza kerana pertumbuhan janin semakin pesat sehingga jumlah pengambilan nutrisi semakin bertambah.

Untuk mengoptimamkan perkembangan otak pada janin, nutrisi seperti asid amino, AA-DHA, kolin, serta zat gizi mikro seperti Fe, Zn, asid Folat, Iodium, dan Vitamin A sangat diutamakan. Zat berkhasiat ini boleh diperoleh daripada jenis kekacang, sayuran dan juga buah. Jika pola makan ibu sihat dengan mengambil makanan berkhasiat dan seimbang, maka seluruh zat bagi calon bayi yang anda perlukan dianggap sudah terpenuhi.

Sunday, February 26, 2012

Lelaki 72 Tahun di Nobat Terkecil Dunia

Seorang lelaki Nepal, Chandra Bahadur Dangi, 72 tahun  berukuran 22 inci secara rasmi esok 27 Feb 2012 bakal dinobatkan sebagai  lelaki terkecil di dunia oleh  Guinness Book Of World.

Saturday, February 25, 2012

Ikan Merangsang & Meningkatkan Nafsu Berahi Lelaki

Lynn Edlen Nezin Phd, pengarang buku Food and Sex dan psikolog kesihatan klinikal menjelaskan ada pemakanan tertentu yang dapat memperbaiki nafsu berahi terutamanya makanan yang baik untuk jantung seperti ikan, dipetik dari laman Livestrong.

Menurutnya, untuk menikmati seks dengan baik, aliran darah setiap pasangan harus sihat agar dapat mengalir ke bahagian organ-organnya. Apabila jantung sihat, ianya akan memberi impak baik pada peredaran darah yang dapat meningkatkan kegiatan seksual anda menjadi nyaman.

Friday, February 24, 2012

Cara Mengenal Berus Cat Bulu Khinzir & Bulu Biri-Biri

Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir…hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu khinzir:
1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.
Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk bulu yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu... baca seterusnya di sini...masmurni.blogspot.com

Tuesday, February 21, 2012

Raksasa 'Alien' Laut Paling Dalam

Ia kelihatan seperti raksasa menakutkan dari planet lain. Apa yang pasti haiwan ini adalah penghuni planet bumi yang menduduki kawasan paling dalam di dunia lautan di mana cahaya matahari langsung tidak dapat menembusinya. 
Makhluk raksasa kecil asing ini telah mengubah tanggapan para saintis mengenai kehidupan di bawah lautan bumi kita yang paling dalam yang belum pernah diketahui sejak 40 tahun lalu.

Polychaeta, atau cacing skala yang berukuran dua atau tiga sentimeter panjang telah berevolusi untuk bertahan menghadapi tekanan yang sangat hebat tinggal lebih daripada 1,000 meter di bawah laut di mana sinar matahari langsung tidak pernah menembusinya. Daripada tanah terbiar gersang, para penyelidik telah menemui komuniti pelbagai makhluk yang tinggal di sekitar lohong hidroterma.

Saturday, February 18, 2012

Rangsang Nafsu Makan Anak dengan Pinggan Berwarna

Kemampuan pinggan berwarna untuk meningkatkan nafsu makan anak kecil sudah dibuktikan melalui penelitian yang dimuat dalam jurnal Acta Paediatrica. Sajian makanan yang berwarna-warni memiliki daya tarikan tersendiri untuk anak-anak. Bahkan secara khusus, makan menggunakan pinggan dengan tujuh item yang berbeza dan enam makanan dengan warna yang berbeza akan meningkatkan selera makan anak-anak.

"Studi kami menunjukkan bagaimana cara untuk membuat perubahan sehingga brokoli dan ikan terlihat lebih lazat daripada biasanya," kata
profesor Brian Wansink, dari Cornell Dyson School of Applied Economic and Management.

Memperlambat Proses Penuaan

Setiap manusia memang tidak akan terlepas daripada proses penuaan. Namun penuaan boleh diperlambat [dengan izin Allah swt, kita hanya berusaha]. Salah satu cara adalah dengan menggunakan antioksidan yang mencegah radikal bebas dan kerosakan sel atau jaringan.

Pada dasarnya, setiap manusia memiliki antioksidan semulajadi yang ditemui pada setiap sel dalam jaringan tubuh seperti Super Oxide Dismutase (SOD), katalase [
Enzim yang terdapat di dalam kebanyakan sel dan memangkini penguraian hidrogen peroksida.], peroksidase gluthatione [Enzim yang mempercepat pemindahan oksigen daripada peroksida kepada tisu yang memerlukan oksigen.], dan sebagainya. Antioksidan semulajadi tersebut secara langsung akan berurusan dengan radikal bebas dan menjadi pelindung bagi tubuh anda.

Friday, February 17, 2012

Hubungan Intim Pasangan Berusia Mencegah Penyakit Nyanyuk

Berhubungan intim bagi orang berusia lanjut ternyata baik dan berguna untuk meningkatkan memori. Berdasarkan penelitian dari Universiti Rostock, Jerman, pasangan berusia 70 tahun yang melepaskan hasrat seksualnya diyakini tidak akan mengalami masalah penyakit nyanyuk dan kehilangan memori di kemudian hari.
 
Orang yang berusia antara 63 dan 75 tahun yang menunjukkan bahawa mereka tetap aktif  dan mencapai  kepuasan seksual ternyata mempunyai hubungan langsung dengan fikiran untuk tetap muda.

Penelitian yang disebut 'Use It or Lose It' juga mendapati bahawa 57% dari orang yang berusia 63 tahun mengatakan mereka puas dengan kehidupan seks mereka. Kemudian  kepuasan itu meningkat menjadi 70% pada orang yang berusia 75 tahun.
Profesor Peter Kropp dan Dr Britta Muller, mengatakan, "ketika pasangan kehilangan kemampuan fisik untuk bercinta, keintiman masih penting." (ZeeNews)

Tuesday, February 14, 2012

Tradisinya Mereka Adalah Seteru... Realitinya Boleh Bersahabat

Secara tradisinya kucing dan burung adalah saling bermusuhan sejak berzaman lagi.  Namun foto di atas seolah-olah mencabar kepercayaan manusia yang mereka berdua tidak akan boleh tinggal bersama.
Gambar  di atas menunjukkan hubungan  istimewa antara pasangan seekor anak kucing comel bermain dengan gembira, makan, tidur dan bermain bersama dengan temannya seekor anak ayam [ spesies burung].

Maria Fedorov berusia lima tahun membawa  pulang anak kucing sesat  yang kelaparan ke rumahnya  di Moscow Rusia. Pada keesokkan harinya pula dia menyelamatkan anak ayam daripada menjadi mangsa kucing di pasar semasa membeli- belah bersama ibu bapanya lalu membawanya  pulang ke rumah.

'Di sebalik rasa kebimbangan akan sifat permusuhan kedua-dua haiwan tersebut,  sungguh menakjubkan apabila   kedua-dua haiwan peliharaan itu mula bermain-main antara  satu sama lain. Mereka bergerak ke mana jua sebagai pasangan rapat , bermain, tidur dan juga makan bersama-sama.

Adakah hubungan persahabatan dua ekor haiwan ini akan berkekalan hingga dewasa? Mungkin disebabkan nasib malang yang sama menimpa sebelum ini menjadikan mereka berkawan baik. [dailymail.co.uk]

Monday, February 13, 2012

Pemenang World Press Photo 2012

World Press Photo of the year 2012 karya fotografer Samuel Aranda, dari Spanyol untuk New York Times, memperlihatkan seorang perempuan memeluk saudaranya yang tercedera dalam aksi protes melawan Presiden Saleh di Sanaa, Yaman. 
Gambar ini diambil pada 15 Oktober, 2011, di dalam masjid yang digunakan sebagai hospital sementara semasa pertempuran di bandar Sanaa, ibu kota Yaman.

Berdasarkan komen para juri, foto ini menggambarkan tentang situasi yang sedang berlaku di seluruh rantau ini. Ia juga menunjukkan secara peribadi hubungan persaudaraan yang mendalam disebalik hal yang berlaku.

Dalam Pertandingan Foto Akhbar Sedunia ke-55, juri menganugerahkan hadiah untuk sembilan kategori bertema dengan penyertaan oleh 5247 jurugambar daripada 124 negara yang mengambil bahagian dan sebanyak 101254 keping gambar diterima.
[Worldpressphoto.org]

Saturday, February 11, 2012

Pelik Tetapi Benar : Payudara Gadis Ini Terus Membesar

Pelik tetapi benar-benar berlaku. Seorang gadis Inggeris, Rachel Aldana berusia 24 tahun mengalami keadaan aneh apabila  payudaranya terus membesar dari ukuran awal 32D dan kini berukuran 30L.  Sebelum ini Rachel memegang gelaran pemilik dada terbesar di London, dengan ukuran 30J pada 2007.  Kini, ukuran payudaranya telah mengembang menjadi 30L. Perkembangan ini agak membimbangkannya.

"Saya takut untuk membayangkan apa yang akan terjadi pada payudara saya nanti jika keadaan ini berterusan. kadang-kadang saya merasa seperti sepasang payudara yang sedang berjalan, setiap orang melihatnya. Saya takut akhirnya saya tidak akan dapat berjalan atau bahkan berdiri," ujarnya.

Ketika ini Rachel tercatat memiliki dada asli kedua terbesar di Inggeris, setelah Donna Jones yang berusia 29 mengalahkannya pada 2008 dengan ukuran dada 40M, tetapi jika payudara Rachel membesar lagi dalam jangka masa dua tahun, dia sudah pasti dapat merebut gelaran pemilik payudara terbesar di Britain.[thesun.com]

Friday, February 10, 2012

Kurangkan Risiko Kanser Dengan Telur

Selain protein, telur kaya dengan antioksidan yang berupaya menentang penyakit. Sewaktu menganalisis telur mentah dan masak, saintis Kanada menemui kompaun triptofan dan tirosina, sejenis asid amino yang juga memiliki bahan antioksidan. Penemuan ini didedahkan dalam Journal Food Chemistry. 

Cara terbaik untuk menikmatinya ialah dengan merebus atau menggoreng. Ia adalah lebih baik berbanding memasukkannya ke dalam ketuhar gelombang mikro bagi mengekalkan antioksidan. (majalah iSihat.)

Wednesday, February 8, 2012

Mengapa dan Bagaimana Garam Menjadikan Tekanan Darah Tinggi?

Kita sedia maklum dan sedar bahawa kekerapan makan terlalu banyak makanan yang masin akan menyebabkan meningkatnya tekanan darah tetapi tidak banyak yang tahu mengapa dan bagaimana garam bertindak balas terhadap tekanan darah kita.  

Natrium dalam garam sebenarnya membantu menjaga tekanan darah, mengawal pengecutan otot, transmisi antara saraf sel, serta menjaga keseimbangan air, asid dan bes dalam tubuh. 

Namun, fungsi Natrium dalam garam ini akan berkesan jika pengambilan garam tidak lebih dari 6 gram (1 sudu teh) sehari. Mengapa dan bagaimana garam menjadikan tekanan darah kita tinggi?

Sunday, February 5, 2012

Saderi Untuk Tampil Yakin dan Menarik

Tahukah anda daun saderi dikatakan mengandungi dua jenis feromon yang sangat berkuasa. 
Jurnal Fertility and Sterility mendedahkan individu yang gemar mengamalkan memakan saderi dikatakan mudah terangsang dalam aktiviti sosial berbanding mereka yang tidak mengamalkannya. 

"Feromon daripada saderi tersebut akan melalui saluran hidung seterusnya merangsang otak dan membuatkan anda berasa lebih yakin dan menarik," kata Alan Hirsh penulis buku Scentsational Sex. Tunggu apa lagi, ayuh mulakan hari anda dengan saderi jika mahu tampil yakin dan menarik.

Friday, February 3, 2012

Turunkan Tekanan Darah Dengan Timun

Mentimun atau timun terkenal dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Bagi penghidap hipertensi, timun amat berguna bagi menurunkan tekanan darah. Timun dengan nama saintifiknya sebagai cucumis sativus memiliki kandungan air yang banyak lengkap dengan vitamin C dan silika. Satu kajian yang dilakukan terhadap timun ini mendapati bahawa kandungan kalium, magnesium, fostor, beta karoten dan asid folat yang terdapat dalam timun dapat bekerja mengatur tekanan darah menjadi normal.

Penggunaan timun untuk menurunkan tekanan darah amat mudah. Timun dimakan secara langsung atau sebagai hidangan tambahan dalam menu harian. Untuk mengekalkan khasiatnya sebaik-baiknya dimakan dengan kulitnya sekali kerana kulit timun mengandungi banyak serat. Lihat saja warna hijau timun ini benar-benar menggambarkan ia kaya manfaat dan khasiat.