Friday, January 20, 2012

Ke Sekolah Meniti di Jambatan Rapuh... Menyedihkan Sekali

Lebak: Pemandangan di Kabupaten Lebak, Banten, [Indonesia] sungguh ironis. Anak-anak sekolah terpaksa meniti jambatan gantung yang rosak hanya dengan berpaut pada besi jambatan. Arus deras Sungai Ciberang amat membahayakan nyawa mereka bila-bila masa saja. Bagi mereka, bersekolah bagaikan berjuang melawan maut. Mereka juga harus meniti bilah-bilah kayu yang rosak. Jambatan sepanjang 100 meter ini putus akibat banjir besar beberapa waktu lalu yang sehingga kini belum diperbaiki.

Kebanyakan penduduk sekitar tidak sanggup melalui jalan alternatif yang tidak sempurna melintasi hutan sejauh 6 km dan mereka juga perlu mengeluarkan perbelanjaan lebih. "Kalau ke sekolah lewat jalan lain harus keluar ongkos, akhirnya mereka harus lewat jembatan gantung walaupun bahaya," ujar Maemunah.

Namun hingga kini belum ada tanda-tanda jambatan diperbaiki meski nyawa kanak-kanak sekolah berdosa menjadi taruhanya. Warga setempat yang sakit juga terpaksa dirawat di rumah saja.

11 comments:

Miecyber said...

Sungguh bahaya...

Queen Cumy said...

takutnyaaaaaaa :( kesiannnn pon ada

shera haifa said...

uishh sungguh membahayakan..

andakmaon said...

beruntung rakyat di negara ini telah jauh lebih b aik sejak merdeka .

khairul said...

Ya Allah bahaya nya ..mana YB..mana pihak berwajib???//hampa tidor ka...nak tunggu maut baru nak ambil action !

faizulosman said...

ni kira bersemangat nk ke sekolah... kalu di malaysia perkara mcm ini adalah alasan mereka tak ke sekolah...

http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/lelaki-dan-novel.html

Cik Sue said...

kalau cik sue ni tak senang duk umah ni memikirkan anak pergi sekolah...silap2 cik sue jadi cikgu kat umah heeee...

Beckhrooy said...

memang bahaya, air deras lagi.

Nur-nba said...

Alahai bahayanya.. Kagum dengan semangat pelajar2 ni yang sanggup mengharungi cabaran untuk menimba ilmu.

Seri Bahasa said...

kalau seri tak akan benarkan anak2 guna jambatan tu...nyawa tak ada gantinya...

Ahmad Zaki said...

Assalamualaikum...

Kanak-kanak di Kabupaten Lebak, Indonesia menunjukkan semangat serta kesungguhan untuk mencari ilmu.., malangnya ada kanak-kanak di sini yang tidak mempunyai semnangat seperti ini.., liat untuk ke sekolah malah ada yang dah pandai memonteng...

Ya benar.., di Malaysia kini dibandingkan dengan zaman sebelum merdeka banyak perubahan namun pada zaman kini adalah konsep "i help you, you help me..".

Orang-orang miskin atau yang memerlukan bantuan kebanyakkannya hanya dilawati dan digunakan semasa menghampiri pilihanraya. Ini berlaku di kawasan sekitar kampung saya dan beberapa kawasan lagi di Malaysia yang kononnya kubu kuat parti mereka, buatlah apa sahaja, ambil tanah atas nama pembangunan tanpa ada penggantian yang sewajarnya, mereka begitu pasti orang kampung tetap mengundi mereka.

Orang kampung dan orang yang tinggal di mana jua perlu segera buka mata luas-luas. Parti hanyalah alat atau landasan untuk membuat kerja, bukannya sesuatu yang kita perlu sokong sampai mati dan akhirnya kita tidak tahu akan kebenaran disebaliknya.

Kuasa di tangan kita. Rakyat berhak menukar pemimpin yang tidak menjalankan TANGGUNGJAWAB dan AMANAH. Janganlah lagi memilih pemimpin-pemimpin yang beri "10" kepada rakyat tetapi dalam senyap mengambil kembali "100" dari hak rakyat...