Saturday, January 7, 2012

Jaring Spiderman di Dunia Nyata Menjadi Kenyataan

Kemampuan aktor filem fiksyen superhero Spiderman yang berayun-ayun di bangunan pencakar langit menggunakan jaring yang super lekat dan kuat bakal menjadi kenyataan. Ilmuwan AS ketika ini sedang membangunkankan cara memproduksi  benang sutera yang memiliki kekuatan seperti besi

Sepasukan penyelidik yang diketuai oleh Profesor Don Jarvis, pakar molekul biologi dari University of Wyoming, Amerika Syarikat, secara genetik telah memodifikasi pembuatan ulat sutera dengan protein labah-labah.  

Harapan mereka adalah dengan melekatkan sekuen gen protein sutera labah-labah dalam sekuen gen ulat sutera boleh mendapatkan protein untuk bersama bergabung menjadi serat komposit, dan itulah yang terjadi.

Para peneliti menambahkan bahawa sementara ini ulat sutera jauh lebih mudah untuk proses penternakan dan menghasilkan sutera dengan jumlah berlebihan. Jadi mereka bekerja dengan cara mentransfer gen labah-labah yang menjadi kunci untuk membuat benang kuat. Apa yang pasti penembusan ilmiah ini dapat membuka pintu produksi dalam skala yang lebih besar.


Benang sutera ini dapat digunakan untuk peralatan perubatan, termasuk membuat ligamen-ligamen dan tendon buatan, serta untuk dressing luka berat. Ia juga dianggap cukup kuat memiliki potensi sebagai bahan dalam pembuatan jaket kalis peluru.
[foxnews.com /Liputan6.com]

7 comments:

thomas said...

Mcm ni ramai boleh jadi spidermanlah.

Azekzk said...

dasyatlah teknologi sekarang ni.

Razifredz said...

menarik ....

casablander said...

yeah! makin ramai orang bergayut2 la lepas ni..haha

khairul said...

sapa nk jd spiderman leh la try

PHOTOSHOP said...

NICE POST SOB..GREAT BLOG..SALAM KENAL..

kak mah said...

Nanti ramai spiderman junior!