Tuesday, December 13, 2011

Tak Sampai Hati Nak Memakannya.... Lobster Albino Yang Bertuah

Seorang nelayan bertuah dapat menangkap seekor udang galah albino di pantai Dorset. Seluruh anggota badannya berwarna putih dan berusia 30 tahun.  Udang kara albino adalah disebabkan oleh kekurangan pigmen warna.  Udang albino bersaiz besar amat sukar ditemui di UK dan kali pertama pernah ditangkap  kira-kira 20 tahun yang lalu. 
Udang kara albino ini ditempatkan di Pusat Hidupan Laut di Weymouth. [dailymail.co]

Wajah Kelihatan Tua Berbanding Usia Disebabkan Gula Dalam Darah Tinggi?

Adakah wajah anda kelihatan lebih tua berbanding usia anda? Kalau sudah demikian, periksalah kadar kandungan gula dalam darah. Penyeldikan terbaru menemukan bahawa kadar gula dalam darah yang tinggi menyebabkan wajah seseorang tampak lebih tua daripada usia sebenar.

Satu kajian kerjasama antara Leiden University Medical Centre dan Unilever RnD menemui hubungan antara kadar gula darah pada manusia dan usia wajah. Orang yang berusia antara 50 tahun dengan kandungan gula yang tinggi akan terlihat lebih tua berbanding mereka yang memiliki kadar gula lebih rendah. Para pengkaji menyimpulkan bahawa setiap 1 mmol/liter meningkatnya kadar gula dalam darah, wajah seseorang akan tampak lebih tua lima bulan seperti dikutip dari laman medicmagic.