Friday, December 9, 2011

Inilah Taukeh Aplikasi Game Angry Birds Bersama Isterinya Memakai Gaun Angry Birds

Ramai antara kita belum mengenali pembuat atau pereka aplikasi permainan Angry Birds yang sedang hit di kalangan pencinta games seluruh dunia.
Gaun petang yang dipakai oleh isteri Peter Vesterbacka, pemilik Rovio, syarikat pereka aplikasi permainan popular 'Angry Birds' yang menjadi kegilaan masyarakat dunia menghiasi suasana di istana Presiden Findland. Gaun elegan satu bahu yang dipakainya menjadi tumpuan dan perhatian para jemputan  Istana Presiden Finland hari ini kerana mengandungi logo besar mata burung  permainan popular telefon pintar. Mereka hadir untuk meraikan Hari Kemerdekaan. Presiden Halonen tahun ini menganugerahkan pingat dan hiasan kepada lebih daripada 4,000 rakyat untuk menghargai pencapaian mereka mengharumkan nama negara dalam bidang masing-masing.