Monday, December 5, 2011

Ahhh...Tak Sabar Menanti Kehadiran Samsung Galaxy Note

Samsung Galaxy Note adalah smartphone terbaru yang keluaran Samsung. Smartphone Android ini dilengkapi dengan processor Dual-core 1.4GHz ARM Cortex-A9 processor manakala OS ialah Android 2.3 Gingerbread. Samsung Galaxy Note merupakan gabungan dari tablet PC dan smartphone yang dibekalkan dengan S Pen stylus ini. S Pen stylus adalah inovasi dari Samsung yang memungkinkan pengguna untuk menulis atau melukis  di layar smartphone
Samsung Galaxy Note mempunyai paparan skrin berukuran 5.3 inci HD Super AMOLED skrin WXGA dengan sensor seperti pecutan, Sensor cahaya, sensor Jarak dan Barometer menggunakan prosesor dual core 1,4 GHz bersama-sama dengan 1 GB RAM menjanjikan pengalaman tontonan yang terbaik.
Kini smartphone yang sedang hangat diperkatakan oleh peminat-peminat gadget canggih sudah berada di pasaran tempatan tetapi belum menyeluruh.  Apakah yang menarik sangat dengan Samsung Galaxy Note ini. 
Berikut orang muo sertakan link untuk rujukan tentang keistimewaan yang ada pada Samsung Galaxy Note ni. Baca seterusnya di sini dan di sini