Sunday, December 4, 2011

Minyak Ikan Diet Terbaik Untuk Otak... meningkatkan daya ingatan

Makan minyak ikan seperti salmon dan trout dapat meningkatkan memori, kata ahli-ahli sains. Satu kajian baru mendapati bahawa asid lemak yang ditemui dalam ikan dan makanan laut boleh meningkatkan fungsi ingatan sebanyak 15 peratus. Diet yang kaya dengan minyak ikan amat digalakkan terutamanya anak-anak yang sedang membesar untuk meningkat dan mengekalkan kesihatan otak yang optimum malah ia juga dapat mencegah permulaan demensia.
DHA - asid lemak Omega-3 didapati dalam makanan laut seperti salmon, tenggiri, sardin, trout, udang dan kupang sangat baik untuk otak kerana ia berfungsi membantu meningkatkan daya ingatan dan kepantasan memori.