Thursday, December 1, 2011

Kain Sarong Model Sambilan Hampir Terlondeh Ditarik Monyet Nakal

Seseorang pelajar Taiwan yang juga model sambilan, Charmian Chen,22 tahun terpaksa menahan malu selepas insiden yang agak melucukan ketika bercuti di sebuah hutan taman monyet liar, Bali, Indonesia dan telah menjadi berita sensasi di laman-laman sosial apabila gambar yang tersiar menunjukkan kain sarung yang dipakainya hampir terlondeh hingga mendedahkan bahagian dadanya kerana ditarik sang monyet yang ingin mendapatkan makanan daripadanya.
Cik Chen berusaha sedaya upaya yang boleh untuk menutup bahagian dada yang terdedah menampakkan aset dirinya dengan tangan namun insiden tersebut sempat dirakam oleh pelancong-pelancong lain yang ada bersama ditempat kejadian. Peristiwa itu membuatkan Cik Chen menjadi terkenal sebagai 'superstardom internet'.