Wednesday, November 30, 2011

Demi Sesuap Nasi ...

Demi sesuap nasi... seorang wanita bersama anak kecil di atas basikal diikat pada pinggangnya melakukan tugasannya menyapu sampah-sarap di hadapan deretan bangunan kedai di tepi jalan raya di Wenzhou, wilayah Zhejiang, Timur China. Wanita ini menggunakan tali untuk memastikan anaknya tidak pergi jauh daripadanya.  Ibu ini berasa lebih lega jika anaknya sentiasa berada di sisinya daripada terbiar tanpa pengawasan yang sempurna jika ditinggalkan di rumah sendirian. 
Pekerjaan yang halal walaupun hanya dengan hasil pendapatan yang tidak seberapa adalah lebih mulia daripada mereka yang sihat tetapi menadah tangan meminta sedekah di jalanan.

Minum Ketika Makan Menghalang Kerja Sistem Penghadaman... tidak baik untuk kesihatan

Mumbai: Kebanyakan orang semasa makan biasaanya diselangi dengan minum kononnya untuk membantu makanan mudah tertelan ke dalam tenggorok atau kerana haus. Sesungguhnya perlakuan ini tidak baik bagi tubuh kerana minum semasa makan menyebabkan gangguan proses pencernaan perut. 
Berdasarkan sebuah kajian, amalam makan sambil minum itu juga menyebabkan peningkatan insulin yang dapat mengikat lebih banyak lemak di dalam tubuh.
Mr Shonali Sabherwal, ahli makrobiotik dari India, mengatakan, "kebanyakan orang minum sambil makan. Teorinya adalah bahawa hal itu membuat makanan turun lebih cepat. Sebenarnya mereka tidak tahu tabiat itu amat buruk bagi tubuh dan sistem pencernaan mereka."