Sunday, November 27, 2011

Antibiotik Hanya Berkesan Pada Bakteria Bukan Virus...batuk dan flu disebabkan Virus

ANTIBIOTIK adalah penemuan yang penting dalam dunia kesihatan. Namun ubat ini tidak dapat mengubati semua penyakit. Penggunaan yang tidak rasional akan membawa lebih keburukan daripada kebaikan.
Kebiasaan memberikan antibiotik dengan dos yang tidak tepat serta jadual masa makan ubat yang terlalu lewat atau cepat akan mengurangkan kesan antibiotik sebagai pembunuh kuman.

Penggunaan antibiotik yang tidak rasional paling sering dilakukan oleh pesakit ialah mereka yang menghidap batuk dan selesema akibat virus. Hampir seperempat masyarakat meyakini bahawa penyakit flu dan batuk akan lebih cepat sembuh jika diberi makan antibiotik.  Harus difahami bahawa antibiotik hanya untuk menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh bakteria, sedangkan influenza disebabkan oleh virus.