Thursday, November 17, 2011

Doktor Cantum Hujung Jari Yang Hampir Putus Pada Perut Untuk Proses Tumbuh Kulit Baru

Sepasukan doktor di China diketuai oleh Dr Huang Xuesong berjaya menyelamatkan sebahagian jari seorang lelaki yang hampir terputus dengan mencantumkannya pada perut.
Seorang pekerja perabot Wang Yongjun, 20 terpotong hujung jari tengah kerana terkena gergaji elektrik dalam satu kemalangan di tempat kerja.  Otot dan kulit pada sebahagian jari telah dipotong dan hanya tinggal tulang sahaja.
Doktor melakukan pembedahan dan mencantumkan jari Wang pada perutnya dengan harapan kulit dan otot baru akan tumbuh di sekeliling tulang. 
Teknik ini adalah satu cara untuk memulihkan peredaran darah ke bahagian jari yang cedera supaya tubuh boleh membaiki anggota diri sendiri yang cedera. Pembedahan itu berjaya dan Wang akan mempunyai hujung jari baru. Cantuman akan dipisahkan daripada perut dalam tempoh sebulan. [orange.co.uk]

Kaedah Rawatan Pelik Sakit Gigi... Mengeluarkan Cacing Gigi Melalui Telinga

Chen Yuan Sheng, 44, yang telah melibatkan diri dalam industri pakaian di Batu Pahat selama lebih dua dekad, mempunyai kerja sampingan istimewa dan agak pelik sejak bertahun-tahun yang lalu.
Khidmat istimewa dan unik Chen ialah membantu pesakit sakit gigi untuk mengurangkan kesakitan dengan menghalau cacing gigi menggunakan kaedah rawatan purba Cina. 

Kaedah rawatan yang digunakan adalah warisan daripada mendiang bapanya yang mempunyai kepentingan yang besar dalam bidang perubatan Cina dan mahir dalam perubatan akupunktur dan herba yang dipelajarinya dari negara China. 
Bagaimana kaedah rawatan ini dilakukan?