Saturday, November 12, 2011

Pelukis Kanak-Kanak Genius 9 Tahun Membeli Rumah Baru Untuk Keluarganya

Jika rakan-rakan yang seusia dengannya menconteng gambar pada dinding rumah ibu bapa mereka, bakat seni luar biasa Kieron Williamson, 9 tahun sebaliknya sudah mampu membeli rumah untuk keluarganya. Kanak-kanak ini telah membeli sebuah rumah di Ludham, Norfolk, yang sebelum ini tinggal menyewa di rumah flet.
Kanak-kanak berusia sembilan tahun ini berjaya menjual 33 buah lukisannya berjumlah £150,000 dan hari ini lebih sedozen lukisannya habis dijual dengan harga £106,260 dalam satu pameran di Picturecraft Galeri di Holt.