Thursday, November 10, 2011

Pelajar Nakal & Lemah Menduduki Peperiksaan di Luar Bilik Darjah

Dua barisan pelajar, yang dianggap nakal atau tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam bidang akademik, menduduki peperiksaan di luar kelas di sebuah sekolah menengah di daerah Jinxian, wilayah Jiangxi Timur China, Nov 8, 2011. Sesetengah pelajar memakai tudung kepala mereka kerana suhu yang rendah sehingga 12 darjah celcius di luar bilik darjah menyebabkan ramai pelajar menggigil dalam kesejukan.
Kalaulah perkara seperti ini berlaku di negara kita, kita percaya semua pihak akan menunjukkan rasa kemarahan mereka kepada pihak sekolah juga Kementerian Pelajaran. Guru, pengetua, PPD habis kena maki hamun oleh ibu bapa terutamanya, termasuk pegawai atasan, ahli politik dan orang ramai kerana pihak sekolah telah melakukan diskriminasi pelajar.