Wednesday, November 9, 2011

Isteri Potong Buah Zakar Suami Curang

Hmm...isteri mana yang tidak marah kalau mengetahui suami yang dicintai menduakannya. Kes mengerikan ini berlaku di Autralia.
Seorang isteri tidak dapat menahan rasa marah terhadap sikap suaminya yang curang lalu bertindak cuba memotong buah zakar suaminya.
Mangsa yang berusia 35 tahun dikatakan mengalami beberapa kesan tikaman pada buah zakarnya.
Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tennant Creek di Wilayah Utara kemudian Australia Royal Flying Doctor Service menerbangkan lelaki itu ke Hospital Alice Springs untuk rawatan lanjut. Lelaki malang tersebut berada dalam keadaan stabil. [thesun]