Thursday, October 27, 2011

Masih Ada Umph...Pengantin Lelaki Tertua Di Dunia Berusia 120 Tahun

Seorang lelaki India berusia 120 tahun, Hazi Abdul Noor, masih cergas, dan sihat  telah berkahwin untuk kali kedua pada hari Ahad lepas dan kini beliau  menjadi pengantin lelaki tertua di dunia.
Enam tahun selepas isteri pertamanya meninggal dunia, beliau telah berkahwin lagi dengan Samoi Bibi, 60, di kampung Satghori di North-East India.
Salima Khatun, isteri pertamanya, meninggal dunia pada tahun 2005. Sebelum meninggal dunia, Allahyarhamah telah berpesan meminta anak-anaknya untuk mencari seorang isteri untuk bapa mereka yang boleh menjaganya.

Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tidak Diajar Lagi Di Sekolah Rendah?

Bermulanya Kurikulum Standard Sekolah Rendah [KSSR] yang telah dilaksanakan pada awal tahun 2011, hampir setahun yang lalu, mata pelajaran Bahasa Melayu sudah tidak diajar di sekolah-sekolah rendah bagi murid-murid Tahun Satu di Negara kita. Dalam tempoh 5 tahun lagi Bahasa Melayu di sekolah rendah akan terhapus dalam sistem pendidikan negara. Sebagai ganti, Bahasa Malaysia diajar sepenuhnya di sekolah-sekolah rendah SK dan SJK.

Walaupun mata pelajaran 'Bahasa Malaysia' itu adalah 'Bahasa Melayu', sebagai rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang begitu sayang dan bangga dengan bahasa ibunda yang sudah wujud sejak ribuan tahun, kita rasa terkilan mengapa istilah 'Bahasa Melayu' di tukar semula kepada 'Bahasa Malaysia'.