Wednesday, October 12, 2011

Perlanggaran Menakjubkan... Pelumba Basikal Gunung vs Antelop

Seorang peserta, Evan van der Spuy yang mengambil bahagian dalam perlumbaan basikal gunung berhampiran Pietermaritzburg, Afrika Selatan, mempunyai sebab untuk bersyukur apabila terselamat setelah dilanggar oleh seekor antelop menyebabkan tubuh dan basikalnya terbang seketika dan jatuh di atas rumput tebal. Topi keledar yang dipakai telah melindungi kepalanya daripada cedera teruk
Perlanggaran pada kelajuan tinggi yang menakjubkan telah dirakam oleh rakan peserta perlumbaan basikal gunung,Travis Walker, yang mempunyai kamera yang diikat pada basikal kerana dia bekerja untuk syarikat pemasaran yang menaja acara itu. Lihat video dan foto-foto menarik... [dailymail.co.uk]

Super Mom... Mengandung 39 Minggu Menamatkan Larian Maraton Kemudian Melahirkan Anak

Pada jangka waktu 39 minggu kehamilan, kebanyakan wanita hanya akan menantikan saat kelahiran bayi yang comel dengan selamat.
Namun lain pula halnya dengan seorang ibu muda, Amber Miller, 27 tahun yang sedang mengandungkan anak keduanya berusia 39 minggu begitu bersemangat menyertai larian maraton di Chicago. Amber Miller dari Illinois berjaya menamatkan lariannya sejauh 26 batu dengan catatan masa 6 jam 25 minit tanpa mengalami sebarang masalah.
Ketika menghampiri peringkat akhir perlumbaan, kontraksi mula menendang. Namun semangat yang luar biasa satu-satunya peserta 'ibu mengandung' meneruskan perlumbaan tanpa menghiraukan akan keadaan diri dan kandungannya dengan berselang berjalan dan berlari.