Sunday, September 18, 2011

Gila ke Apa... 66 Orang Kanak-Kanak Dalam Satu Van

Sepasukan anggota polis di bandar Qianan, wilayah Hebei, Utara China amat terkejut apabila sebuah van 8 tempat duduk yang telah diubah suai membawa seramai 66 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur antara 4 hingga 5 tahun. Tanpa menghiraukan keselamatan, pemilik van telah mengubah suai van,  menggantikan tempat duduk dengan deretan bangku-bangku kayu. Pemandu telah diberikan surat saman kerana melanggar peraturan undang-undang pengangkutan  jalan raya. Lihat video...

Bermewah-Mewah...Kompaun Jika Tempah Makanan Berlebihan

Inilah penyakit kaum Arab zaman sekarang yang suka bermewah-mewah dengan kekayaan mereka... bermewah-mewah dengan makanan dan boros berbelanja.

Sebuah restoran di Arab Saudi mengenakan denda atau kompaun terhadap pelanggan jika mereka membuat tempahan terlalu berlebihan untuk mengelakkan pembaziran kerana makanan tersebut akhirnya terbuang begitu saja.
Fahad Al Anezi, pemilik Restoran Marmar di bandar Dammam berkata, beliau mahu mengelak daripada membuang makanan. Beliau juga mahu menggalakkan pelanggan supaya kurangkan bermewah-mewah dengan pesanan mereka.

"Terdapat banyak pelanggan yang membuat pesanan yang besar untuk menarik perhatian orang di sekeliling mereka dengan tujuan untuk meningkatkan prestij sosial mereka," katanya.
“Tempahan yang telah dibuat akan dikenakan kompaun atau bayaran tambahan yang telah ditetapkan bergantung kepada berapa banyak makanan yang berlebihan,” katanya lagi.