Monday, September 5, 2011

Si Hitam Manis...Ratu Buah Antioksidan

Jika durian terkenal dengan jolokan raja buah, manggis pula digelar sebagai Queen of Fruit atau ratu buah, kerana keeksotikan bentuknya. Buah manggis dengan tampilan yang cantik ini diakui mengandungi antioksidan pada kulit dan buahnya. Buah manggis ternyata menawarkan alternatif lain untuk mendapatkan antioksidan yang berguna mencegah kerosakan sel yang disebabkab oleh radikal bebas.

Dari hasil kajian, buah asli Asia Tenggara ini dapat menghasilkan xanthone, iaitu zat yang terbentuk dari hasil isolasi kulit buah manggis. Xanthone mempunyai aktiviti antiinflamasi dan antioksidan.
Penelitian tentang xanthone telah dimulakan sejak tahun 1970 dan sehingga kini telah ditemukan lebih dari 40 jenis xanthone, antaranya adalah alpha-mangostin dan gamma mangostin yang dipercayai memiliki kemampuan mencegah berbagai penyakit. Kedua-dua jenis xanthone tersebut dapat membantu menghentikan inflamasi (radang) dengan cara menghambat produksi enzim COX-2 yang menyebabkan inflamasi.