Friday, August 12, 2011

Kaedah Terbaik Supaya Anak Gemarkan Sayuran, Mulakan Sejak Dalam Rahim Ibu Lagi

Ramai ibu bapa begitu sukar untuk memastikan anak-anak mereka supaya gemar makan sayur-sayuran kerana majoriti anak-anak kecil memang tidak menggemari makanan berasaskan sayur-sayuran. Kini, ahli sains berpendapat ibu-ibu boleh membuat perubahan sikap anak-anak dengan bermula sejak dari awal lagi.
Penyelidik dari Monell Chemical Senses Center, Philadelphia, mendapati bayi boleh merasa makanan yang sihat sejak di dalam rahim lagi. Dalam satu kajian yang disiarkan dalam Pediatrik jurnal, mereka mendapati rasa telah diturunkan daripada ibu kepada bayi melalui cecair amnion.