Sonkajarvi: Kejohanan dunia yang telah dilangsungkan baru-baru ini di Finland begitu unik dan menarik perhatian dunia, iaitu Kejuaraan Dunia Menggendong Isteri kali ke-16.
Ratusan peserta dari 11 negara, termasuk Britain, Jerman dan Australia, menyertai kejuaraan ini di mana istrei dibawa oleh suami mereka dengan gaya yang dikenal sebagai "gaya Estonia". Setiap peserta perlu mendukung isterinya secara terbalik dengan kaki berpaut pada bahu suami. Setiap pasangan terpaksa melalui rintangan yang sangat mencabar. Sambil menggendong istri, para suami dikehendaki berlari bermula dari atas rumput, pasir, asfalt, kawasan berlumpur hinggalah melalui halangan berair dengan kedalaman 2 meter.