Thursday, June 30, 2011

Berani Tak Buat Macam Ni

Penduduk kampung berindak sendiri membuat sekatan jalan raya di hadapan Loji Penipasan Gas Asli “Chana Natural Gas Separation Plant” Thailand, untuk menuntut pampasan atau ganti rugi atas kerosakan teruk rumah mereka. Penduduk kampung begitu marah dengan kerosakan harta mereka yang berpunca daripada gegaran trak-trak besar yang lalu-lalang dari kilang ke loji berkenaan. Mereka berikrar akan terus menyekat atau menghalang laluan sehingga tuntutan itu dipenuhi.