Monday, June 27, 2011

Tradisi Sepanyol : Lompatan Iblis Menyuci Dosa Waris

Sekadar info...Upacara ritual & keagamaan penganut Kristian Katolik Sepanyol seperti dalam foto-foto [lihat foto seterusnya di bawah] memang jarang kita lihat. Upacara aneh yang dijalankan adalah sebahagian daripada upacara agama di utara Sepanyol, dipercayai  untuk keselamatan roh  mereka sendiri. Upacara yang dipanggil 'El Salto del Colacho' atau  'the Devil's Jump' merupakan adat warisan yang telah wujud sejak zaman pertengahan.

Ibu Mengandung 'Makan untuk dua' di Khuatiri Bayi Berisiko Rendah IQ

Wanita hamil yang 'makan untuk dua' boleh menjejaskan IQ bayi mereka. Mereka juga mungkin akan mengalami risiko masalah tingkah laku, gangguan makan dan keadaan kesihatan mental seperti skizofrenia.
Doktor telah lama mengetahui sebelum ini bahawa obesiti wanita hamil lebih cenderung untuk mengalami masalah darah beku, tetapi kesan jangka panjang makan berlebihan seorang ibu ke atas kesihatan anak-anaknya belum begitu difahami dengan baik.