Sunday, June 26, 2011

Hidangan Testis di Festival Testis Serbia

Gornji Milanovac: Hidangan istimewa yang disediakan daripada kelenjar kelamin jantan atau testis mungkin agak pelik dan memualkan bagi kita. Namun, di tangan seorang tukang masak handal, bahan masakan yang terkenal unik itu akan menjadi pelbagai jenis hidangan yang amat lazat di festival tahunan World Testicle & Aphrodisiac Cooking di Serbia.
Penganjurnya, Chef Lubomir Erovic menjelaskan testis daripada pelbagai haiwan termasuk lembu, kanggaro, unta dan burung unta adalah bahan makanan yang kaya dengan testosteron dan mineral. Kata Erovic lagi  testis juga bermanfaat sebagai penambah stamina untuk lelaki. Itulah sebabnya bahan makanan yang teristimewa ini menjadi primadona bagi kaum lelaki Serbia.

KLM Menggunakan Minyak Masak Kitar Semula

Syarikat Penerbangan Belanda KLM merancang untuk menggunakan minyak masak yang dikitar semula sebagai bahan bio api untuk penerbangan kuasa dalam usaha untuk mengurangkan pengeluaran karbon. Bermula pada bulan September, KLM akan memmulakan lebih daripada 200 penerbangan antara Paris dan Amsterdam menggunakan bahan api bio yang dibuat daripada minyak masak yang telah digunakan, kata syarikat itu.

Basikal Terpantas di Dunia 133kmph

Penyelidik dari Universiti Teknikal Delft telah merekacipta apa yang mereka yakini sebagai basikal terpantas di dunia. Mereka sedang melakukan ujian ke atas kenderaan itu, dan tidak lama lagi pasukan ini merancang untuk membawanya ke medan perlumbaan di Nevada. Mereka berharap basikal ini mampu mencapai kelajuan hingga 133 kilometer sejam. Lihat video...