Saturday, June 25, 2011

Ciuman Gadis Menyelamatkan Nyawa Lelaki Tidak Dikenali Cuba Bunuh Diri

Seorang remaja perempuan menjadi terkenal dalam sekelip mata di China apabila dia berjaya menyelamatkan seorang remaja lelaki 16 tahun yang tidak dikenali cuba membunuh dirinya dengan tindakan berani...mencium bibirnya.
Liu Wenxiu, 19, sedang membeli-belah bersama rakannya di pusat membeli-belah di Shenzhen, Guangdong. Dia melihat begitu  ramai orang menonton seorang lelaki berdiri pada pagar jejambat yang tinggi sambil memegang pisau ke arah dadanya tetapi tiada siapa yang cuba untuk bercakap atau memjuknyanya. [Lihat video di bawah]

Pelajar IPT Kumpul Seluar Dalam Lama Untuk Pameran Tamat Pengajiannya Atas Nama Seni

Lagi...berita pelik dari Cina... Seorang pelajar seni IPT Cina mengumpul seluar dalam lama daripada semua rakan sekolej untuk projek akhir pameran tamat pengajiannya di Wuhan, Wilayah Hubei, China.
Yi Ci, seorang pelajar senior Hubei Institut of Fine Arts, menampal suatu notis di bangunan asramanya dalam usaha untuk mengumpul seberapa banyak seluar dalam lama daripada rakan-rakan asrama.