Friday, June 24, 2011

Manusia Paling Berbau...Langsung Tak Mandi Lebih 37 Tahun

Mungkinkah lelaki ini manusia paling berbau di dunia?  Encik Kailash Singh, 65, tidak pernah mandi dan memotong rambutnya yang sudah mencapai 6 kaki panjang sejak tahun 1974, sejurus selepas beliau berkahwin dengan isterinya Kalavati Devi, 60 tahun.  
Apabila ditanya mengapa dia bertindak sedemikian, alasannya beliau amat  percaya dengan  nasihat seorang tok guru bahawa dia akan mendapat seorang anak lelaki bertuah sekiranya mengamalkan petua tidak mandi.  Encik Singh kini mempunyai 7 orang anak perempuan. Isterinya pernah mengugut tidak mahu tidur dengannya namun sia-sia saja kerana Encik Singh tetap bertegas dengan tindakannya itu.