Thursday, June 23, 2011

Kapsul 'Remote Control' Dalam Tubuh


Osaka: Penyelidik Jepun berjaya mencipta kapsul remote control yang bergerak dalam tubuh manusia. Alat ini lebarnya cuma satu sentimeter, serta panjangnya hanya 4.5 sentimeter tetapi  sangat efektif untuk memeriksa keadaan kesihatan dalam tubuh pesakit.
"Perangkat ini memudahkan doktor untuk memeriksa setiap bahagian tubuh pesakit," kata Profesor Kazuhide Higuchi, ketua penyelidikan projek tersebut. Para peneliti dari Osaka Medical College dan Universitas Ryukoku menggunakan 'perangkat' ini untuk melihat kondisi dalam perut dan usus besar pesakit.
Higuchi menambah, seluruh sistem pencernaan pesakit dapat diperiksa dalam beberapa jam dengan bantuan sedikit stres fisik. Ia juga berharap alat itu dapat mengesan penyakit kanser dan penyakit lain. [Berita NHK]

Haiwan Babi Sebagai Medium Pengembangan Organ Manusia Buatan

[Artikel ini hanya untuk pengetahuan am...sekadar info sahaja, harap maklum].  Tokyo-Biasanya proses pengembangan organ tubuh manusia buatan dilakukan di dalam makmal khas. Namun pada masa kini, teknologi sel induk artifisial itu boleh dilakukan pada tubuh haiwan. Para penyelidik dari Universiti Tokyo, Jepun, telah berjaya mengembangkan teknologi tinggi tersebut melalui haiwan babi.
Sel induk adalah sel pluripoten yang diambil dari embrio. Sel induk pluripoten dengan teknologi tertentu tidak hanya dapat dikembangkan menjadi jaringan yang spesifik, malah mampu menjadi organ. Mereka berhasil menggunakan tubuh haiwan sebagai medium untuk organ tumbuh dari sel induk spesies lain.