Tuesday, June 21, 2011

Mak!!! Menatang Apa Ni...

Seorang remaja Mat Rempit gila motosikal Jual Markus, 17, dari Jonschwil, Switzerland, telah ditahan oleh polis trafik semasa dalam perjalanan sulung dengan kenderaan canggihnya mengaum penuh bergaya di jalan raya pada kelajuan 70mph. Jual Markus merekacipta kenderaan pelik menggunakan separuh badan kereta Renault Clio dan mengimpalnya dengan motosikal kegemarannya.
"Kenderaan ini tidak dikenakan cukai, tiada insurans atau diuji pandu. Malah, kami tidak pasti sama ada ia jenis kereta atau motosikal," kata seorang pegawai trafik
"Dia seorang mekanik berbakat tetapi dia perlu berpegang kepada peraturan dan undang-undang," kata pegawai trafik berkenaan.