Monday, June 20, 2011

Kanak-Kanak Terperangkap Antara 2 Dinding Sempit...Kasihan

Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun telah terperangkap antara dua dinding bangunan yang sempit pada satu hujung hanya 20 sentimeter lebar semasa bermain di celah dua bangunan tersebut di wilayah Shanxi utara China.
Ibu bapa dan jiran tetangganya cuba untuk membantunya keluar, tetapi gagal, lalu meminta bantuan anggota bomba.
Para anggota bomba menyapu badan kanak-kanak itu dengan minyak pelincir untuk melindunginya daripada tercalar, sebelum perlahan-lahan mengepam tilam tugas berat 'heavy-duty mattress' untuk memperluaskan jurang antara dinding.
Selepas sejam, dinding itu berjaya diperluaskan dan Xiao Yu akhirnya dapat bergerak keluar. Kasihan
. Lihat video...