Thursday, June 16, 2011

Kanak-Kanak Tiga Tahun Cuba Turun Melalui Saliran Paip Dari Tingkat 7 Tersangkut di Celah Unit Pendingin Hawa

Beberapa keping gambar yang menyesakkan nafas dirakam oleh seseorang tentang bagaimana sekumpulan jiran tetangga membantu seorang lelaki dengan saling memegang erat dan bersandar di tepi balkoni untuk menyelamatkan seorang kanak -kanak yang terperangkap antara dinding dan satu unit  pendingin hawa di luar bangunan tingkat tujuh apartmen komuniti di selatan Beijing, 15 Jun, 2011. Peristiwa dramatik menyelamatkan kanak-kanak tiga tahun itu berlaku selepas dia jatuh dari tingkat atas ketika cuba turun melalui saliran paip untuk mencari neneknya yang telah secara tidak sengaja terkunci di luar rumah. Akhirnya kanak-kanak itu berjaya diselamatkan hasil kerjasama jiran tetangga. Lihat foto seterusnya. [Photo / Beijing Times]