Friday, June 10, 2011

Perhimpunan Demonstrasi Tayang 'Body'


Pelajar-pelajar Chile tidak berpuas hati bertindak mengadakan perhimpunan dengan melumur warna [cat] pada seluruh anggota badan dan sesetengahnya separuh bogel di bandar Valparaiso, 121km dari barat-laut Santiago mendesak pihak kerajaan supaya melakukan transformasi sistem pendidikan.
Banner tertulis "Free Education now" (top) and "Education does not sell" menggambarkan sistem pendidikan negara Chile begitu membebankan para pelajar dengan kos yang amat tinggi apabila pendidikan dipolitikkan dan mengarah kepada bisnis semata-mata. Apa yang dikesali cara mereka melakukan protes langsung tidak bertamadun dan melanggar etika kemanusiaan.
Perkara yang sama juga telah berlaku di Britain beberapa bulan yang lepas, pelajar-pelajarnya merusuh merosakkan harta awam kerana membantah kenaikan yuran pengajian.
Mungkinkah satu hari nanti sistem pendidikan di Malaysia juga seperti apa yang berlaku di Chile?