Thursday, June 9, 2011

Wad Bersalin Paling Sibuk Di Dunia...100 Kelahiran Sehari

Manila - Sebuah wad bersalin di Hospital Dr Jose Fabella Memorial Manila merupakan antara wad bersalin paling sibuk di dunia di mana 60-100 bayi dilahirkan pada setiap hari.  Ibu-ibu yang sedang menunggu kelahiran terpaksa berkongsi katil, 3 orang untuk satu katil!! Wad yang sedia ada terpaksa menampung sehingga 300 orang ibu bersalin berasak-asak di dalam wad yang sama.  Namun menurut  Ketua Doktor hospital berkenaan Dr Arlene Matanguihan," Kadang-kadang pada masa yang sama sehingga 16 orang berada di dalam bilik bersalin untuk proses kelahiran.  Namun kami masih mampu menguruskannya dengan baik, dan sehingga kini belum ada berlaku kejadian yang tidak diingini."