Monday, May 30, 2011

Hari Tanpa Beg Plastik VS Hari Menjual Beg Plastik

Hari Sabtu telah diwartakan sebagai hari tanpa beg plastik di pasar-pasar raya atau pusat beli-belah seluruh negara.  Pada hari tersebut pelanggan-pelanggan yang membeli-belah tidak dibekalkan dengan beg-beg plasitk secara percuma seperti pada hari-hari yang lainnya.  
Tujuan diadakan ' Hari Tanpa Beg Plastik ' memanglah baik iaitu untuk menyedarkan semua warganegara supaya peka dan sedar akan kebersihan alam sekitar  dan mencintai persekitaran  sihat daripada pencemaran alam.  
Namun apa yang kita lihat kempen ini seperti kurang berkesan. Ramai beranggapan kempen ini menyusahkan kerana mereka terpaksa membawa bekas barang sendiri dari rumah.  Majoriti mereka yang membeli-belah tidak suka membawa bakul dan sebagainya kerana itu hanya tidak memberi keselesaaan kepada mereka.
Mereka lebih rela @ 'rela paksa' membayar kos bagi setiap beg plastik yang diperlukan.
Nampaknya kempen hari tanpa beg plastik sudah tersasar daripada matlamat sebenar. Malah kempen tersebut 'sudah tukar' kepada 'HARI MENJUAL BEG PLASTIK'