Tuesday, May 17, 2011

Universiti Wanita Terbesar di Dunia : 'Princess Noura University Arab Saudi'

RIYADH- Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah telah merasmikan sebuah universiti khusus bagi wanita, 'Princess Noura University Arab Saudi'  merupakan  universiti wanita paling besar di dunia dan menjadi sebahagian rancangan pendidikan kerajaan Arab Saudi.  Pembinaannya yang menelan belanja kira-kira 20 bilion riyal (RM17 bilion) terletak kira-kira 25 kilometer ke timur ibu kota negara itu di Riyadh dengan keluasan tapak kawasan kampusnya lebih 800 hektar.  PNU boleh menempatkan kira-kira 50,000 pelajar di kampusnya.