Monday, May 16, 2011

Pesawat Menggunakan Tenaga Suria Pertama di Dunia Berjaya Terbang

Bern: Kapal Terbang bertenaga suria pertama hasil rekaan pasukan penyelidik  Swiss berjaya terbang buat pertama kalinya. Pesawat itu berhasil melepasi ujian percubaan dengan melakukan penerbangan dari  Swiss ke Belgium.
Pesawat tersebut berlepas dari Payerne, Swiss pada 13 Mei  dan menempuh jarak sejauh 480 kilometer dalam tempoh 13 jam untuk sampai ke bandaraya internasional Brussels, Belgium.
Pesawat yang direka selama 8 tahun itu memiliki 12.000 panel suria pada sayap utama dan terbang pada kelajuan hampir 70 kilometer sejam.  Kini pasukan tersebut merancang akan melakukan penerbangan menggunakan pesawat bertenaga suria untuk mengelilingi dunia 2 tahun lagi (NHK/MEL)